Home » Citra Yadim » Santai Bersama YADIM Kelantan

Santai Bersama YADIM Kelantan

JELI – Politeknik Jeli di sini bakal menjadi lokasi terkini program dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Kelantan.

Pada 3 Disember ini, bakal diadakan program ‘Bicara Dakwah, Santai Bersama YADIM’ Kelantan di institusi pengajian tinggi itu.

Pengarah YAIM Zon Timur, Yang Berusaha Ustaz Mahadi Awang berkata, program berkenaan diadakan sempena kemasukan pelajar pelajar baru  politeknik berkenaan.

“Saya sendiri akan hadir dan berkongsi pengalaman dalam bidang dakwah kepada para pelajar baru berkenaan.

“Ia sempena minggu suai kenal, pada masa yang sama , ia bertujuan mengajak golongan muda untuk turut menyumbang dalam usaha dakwah walau dimana mereka berada dan posisi mana pun dakwah kena ada dalam diri setiap orang,” jelas beliau.

Difahamkan, seramai 170 orang pelajar baru terlibat dalam minggu suai kenal kali ini.

Program tersebut mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar politeknik berkenaan.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *