Home » Langit Terbuka » Anwar tiba di Riyadh sertai pemimpin OIC bincang isu Gaza

Anwar tiba di Riyadh sertai pemimpin OIC bincang isu Gaza

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Ke-8, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam ciapannya di X (Twitter).

“Alhamdulillah selamat tiba di Riyadh!. Awal pagi tadi saya mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Riyadh.

“Insya-Allah hari ini Perdana Menteri akan hadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Negara OIC bagi membincangkan isu kezaliman Israel terhadap Palestin.

“Mohon doa berterusan daripada rakyat Malaysia untuk Palestin,” katanya.

Kementerian Luar menerusi kenyataan semalam memaklumkan Anwar akan mengetuai delegasi Malaysia ke OIC, antara lain untuk membincangkan serangan dan kekejaman berterusan rejim Israel ke atas Palestin khususnya Gaza.

Sidang kemuncak berkenaan didahului dua mesyuarat persediaan, iaitu Mesyuarat Persediaan di Peringkat Menteri yang berlangsung hari ini, sementara semalam, Mesyuarat Persediaan Pegawai-Pegawai Kanan sudah diadakan.

Kementerian Luar turut berkata, sidang kemuncak terbabit adalah keberhasilan daripada kerjasama utuh Perdana Menteri bersama beberapa pemimpin OIC.- Berita Harian

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *