Home » Langit Terbuka » Aplikasi e-papuh atasi penipuan umrah

Aplikasi e-papuh atasi penipuan umrah

Persatuan Agensi Pelancongan dan Umrah berkata, aplikasi e-papuh bukan hanya membantu ahli menjual produk mereka dengan lebih mudah, malah membolehkan orang ramai memilih pakej umrah yang dijamin selamat. - Foto Google Store

KUALA LUMPUR – Persatuan Agensi Pelancongan dan Umrah (PAPUH) telah melancarkan aplikasi telefon bimbit e-papuh yang dimuat naik di Google Play Store sebagai salah satu mekanisme menangani isu penipuan jualan pakej umrah di kalangan umat Islam di Malaysia, pada masa depan.

Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata ia perlu berikutan bilangan jemaah umrah yang meningkat kepada 280,000 orang setahun pada 2017 dan 2018 yang turut menyumbang kepada peningkatan kes penipuan pakej umrah di negara ini.

Razali berkata, aplikasi e-papuh bukan hanya membantu ahli menjual produk mereka dengan lebih mudah, malah membolehkan orang ramai memilih pakej umrah yang dijamin selamat.

“Kita berharap pengenalan aplikasi ini dapat mengurangkan keraguan orang ramai membeli pakej umrah dan menjadi pusat sehenti untuk pakej umrah dan haji yang mana semua agensi wajib mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) dan sub LKU di seluruh negara.

“Aplikasi ini juga membantu orang ramai memilih dan membandingkan harga pakej umrah yang ditawarkan oleh ahli PAPUH, selain turut dilengkapi sistem e-muttawif,” katanya ketika sidang media selepas majlis pelancaran aplikasi dan stesen televisyen PAPUH di sini.

Yang turut hadir, Pengarah Pusat Pelancongan Islam, Datuk Seri Abdul Khani Daud dan Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussein Qattan dan Atase Pertahanannya Brig Jen Hussein Abdulrahman M Al Gumaia.

Mengulas lanjut, Razali berkata, sebagai permulaan orang ramai boleh memilih pakej umrah ditawarkan oleh 49 ahli PAPUH yang terdapat dalam aplikasi berkenaan sekarang dan ia dijangka meningkat kepada 300 agensi dalam masa terdekat. – Berita Harian

 

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *