Home » Langit Terbuka » APNI 2020 ketengah tujuh tema dalam nasyid

APNI 2020 ketengah tujuh tema dalam nasyid

Juara bagi pertandingan ini akan membawa pulang RM10,000, Naib Juara pula bakal menerima RM7,000 manakala tempat ketiga pula akan menerima RM3,000 masing-masing bersama trofil dan sijil penyertaan.- Foto IKIM

KUALA LUMPUR – Tujuh tema berdasarkan nilai-nilai penting dalam Islam akan diketengahkan melalui Penganjuran Anugerah Pencinta Nasyid IKIM (APNI) 2020.

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Azizan Baharuddin berkata, tujuh tema yang diketengahan itu meliputi Ilmu; Hikmah; Adab; Adil; Taqwa, Benar dan Amanah.

Katanya, pertandingan itu juga akan disertai masing-masing tujuh penerbit lagu, penulis lirik, penyusun lagu serta kumpulan penyanyi.

“Penganjuran APNI kali ini diharapkan mampu membawa kelainan dalam program dakwah terutamanya dilakukan mengikut normal baharu.

“Penganjuran kali ini juga berbeza di mana keseluruhan penganjuran dibuat secara dalam talian.

“Kesemua lagu ciptaan baharu juga diabadikan dalam satu buku notasi muzik yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan koleksi bernilai bukan sahaja kepada IKIM tetapi juga kepada pencinta seni terutamanya industri nasyid tanah air,” katanya pada sidang media di sini, pada 14 Disember.

Azizan berkata, pihaknya mengharapkan APNI 2020 akan dapat menarik seramai mungkin penonton di seluruh dunia.

“Radio IKIM sekarang ini mempunyai 1.5 juta pendengar dan kita harap dengan kaedah baharu ini, kita jangka lebih ramai menyaksikan APNI kali ini yang menjangkaui sempadan negara.

“Empat platfom yang akan menyiarkan APNI 2020 yang akan diadakan pada 20 Disember ini bermula jam 9 malam adalah melalui saluran TV IKIM, Youtube IKIM, FB IKIM dan juga boleh didengari di Radio IKIM,” ujar beliau.

Sementara itu, Pengurus Besar Radio IKIM, Mahathir Shaharuddin berkata, sebanyak RM20,000 hadiah keseluruhan menanti semua peserta dalam pertandingan kali ini.

“Juara bagi pertandingan ini akan membawa pulang RM10,000, Naib Juara pula bakal menerima RM7,000 manakala tempat ketiga pula akan menerima RM3,000 masing-masing bersama trofil dan sijil penyertaan,” jelasnya. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *