Home » Langit Terbuka » Arab Saudi akan bina bandar hiburan patuh syariah, lebih besar dari Kuala Lumpur

Arab Saudi akan bina bandar hiburan patuh syariah, lebih besar dari Kuala Lumpur

RIYADH, 12 April – Arab Saudi dilaporkan bakal membina sebuah bandar hiburan awam berkonsepkan patuh syariah di selatan ibu kota Riyadh, dianggarkan lebih besar daripada keluasan Kuala Lumpur.
Stesen penyiaran antarabangsa BBC melaporkan, dengan kawasan seluas 334 kilometer persegi itu (berbanding Kuala Lumpur hanya 243 kilometer persegi), ia akan menawarkan pelbagai kegiatan riadah keluarga sekali gus menjadi tarikan percutian baharu warga Riyadh.
Projek itu merupakan antara pelan besar pembangunan ‘Wawasan 2030’ sebagaimana diumumkan Putera Mahkota Mohammad Bin Salman al-Saud tahun lalu bagi mempelbagaikan ekonomi tanpa bergantung industri minyak.
Pembangunan bandar hiburan itu dijadualkan bermula awal tahun depan dan dijangka siap pada tahun 2022.
Kerajaan tempatan berharap kewujudan bandar hiburan mesra syariah itu tidak hanya menarik pengunjung, malahan diharap dapat mendorong kehidupan sihat, aktiviti seimbang dan keceriaan bagi penduduk ibu kota.
Ini kerana buat masa ini, warga Riyadh tiada banyak kawasan hiburan keluarga kecuali Pusat Sejarah Raja Abdul Aziz yang mengandungi pelbagai muzium selain kompleks stadium Raja Fahd.-www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *