Home » Langit Terbuka » Arab Saudi buka pintu kepada pelancong asing

Arab Saudi buka pintu kepada pelancong asing

Arab Saudi mensasarkan untuk menarik 100 juta pelancong domestik dan asing menjelang tahun 2030. - Foto National.ae

RIYADH – Arab Saudi akan menawarkan visa pelancong asing buat kali pertama bagi 49 buah negara.

Ia merupakan salah satu usaha untuk mempelbagaikan ekonominya, selain daripada sumber minyak yang memacu ekonominya selama ini.

Malah, Arab Saudi turut meminta syarikat-syarikat asing untuk melabur dalam sektor pelancong untuk menyumbang 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2030.

Susulan pembukaan visa itu, Arab Saudi juga akan melonggarkan tatacara berpakaian bagi wanita asing.

Ketua Pelancongannya, Ahmed al-Khateeb berkata, pemakaian abaya tidak akan menjadi mandatori kepada pelancong wanita asing tetapi berpakaian secara sederhana termasuk di pantai-pantai awam.

Tetapi, pengharaman alkohol bagaimanapun masih kekal.

“Pelancong asing akan menikmati banyak perkara lain di Arab Saudi,” katanya.

Ahmed berkata, permohonan visa boleh dibuat melalui atas talian pada harga AS$80 tanpa sebarang peraturan bagi wanita tanpa mahram.

Namun, akses kepada Mekah dan Madinah masih dilarang.

Tahun lalu, Arab Saudi telah mula mengeluarkan visa kepada pelawat yang menyertai acara sukan dan budaya.

Menurut Ahmed, Arab Saudi mensasarkan untuk menarik 100 juta pelancong domestik dan asing menjelang tahun 2030, sekali gus mewujudkan sejuta peluang pekerjaan dalam sektor itu. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *