Home » Langit Terbuka » Arab Saudi dan Iraq buka semula lintasan sempadan Arar

Arab Saudi dan Iraq buka semula lintasan sempadan Arar

RIYADH 15 Ogos – Arab Saudi dan Iraq merancang membuka semula lintasan sempadan Arar untuk tujuan perdagangan buat pertama kali selepas 27 tahun.

Kawasan sempadan berkenaan ditutup sejak tahun 1990 selepas kedua-dua negara memutuskan hubungan berikutan tindakan bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein menyerang Kuwait.

Pegawai Arab Saudi dan Iraq melawat tapak tersebut hari ini dan bercakap dengan warga Iraq yang dilaporkan mempunyai akses ke kawasan tersebut hanya sekali setahun semasa musim haji.

Gabenor wilayah Anbar di barat daya Iraq berkata, kerajaan Iraq telah menghantar pasukan tentera untuk melindungi laluan padang pasir yang mengarah ke Arar dan menyifatkan pembukaan lintasan sempadan berkenaan sebagai langkah penting untuk memperbaiki hubungan dua negara itu.

Arab Saudi turut dilaporkan bersetuju menempatkan pejabat kedutaan baharu di Najaf, Iraq yang akan dibuka dalam tempoh empat bulan lagi – REUTERS

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *