Home » Langit Terbuka » Arab Saudi kekal kuota jemaah umrah luar negara

Arab Saudi kekal kuota jemaah umrah luar negara

Arab Saudi mempunyai kemampuan untuk berdepan dengan kemasukan jemaah umrah mengikut kuota yang telah dicapai dengan negara-negara Islam lain sebelum ini. - Foto Pakej Umrah.com

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menyatakan kesediaan untuk menerima jemaah umrah mengikut kuota yang telah dipersetujui dengan negara-negara Islam seluruh dunia sebelum pandemik Covid-19 bermula, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Timbalan Menteri Perkhidmatan Haji dan Umrah, Dr. Amr Al-Maddah berkata, semua persiapan untuk menerima jemaah juga telah lengkap selain tiada masalah dihadapi bagi menerima jemaah luar negara dalam tempoh beberapa hari lalu selepas bermulanya musim umrah.

“Pihak kementerian mempunyai kemampuan untuk berdepan dengan kemasukan jemaah umrah mengikut kuota yang telah dicapai dengan negara-negara Islam  lain sebelum ini.

“Kami juga bersedia untuk menerima bilangan jemaah sama seperti ketika situasi sebelum pandemik,” katanya.

Tambah Amr, pihak kementerian turut bekerjasama menerusi aplikasi seperti Shaaer dan Eatmarna untuk menyediakan kesemua perkhidmatan yang disediakan kerajaan Arab Saudi kepada  para jemaah.

Penggunaan aplikasi Shaaer terbukti berjaya pada musim haji lepas kerana ia mengandungi semua maklumat mengenai identiti pengenalan diri jemaah, tahap kesihatan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Ia turut membolehkan jemaah untuk mengetahui lokasi-lokasi berkumpul serta waktu bertolak dari penginapan mereka di kota suci Mekah, memilih makanan menerusi menu disediakan serta menerima kemas kini dari pusat kawalan.

Menurut Amr, penggunaan teknologi yang dilancarkan Kementerian Haji dan Umrah itu adalah untuk memudahkan prosedur  jemaah haji dan umrah serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada mereka.

“Kami sedang melalui fasa perkembangan utama dalam penyediaan perkhidmatan teknologi terutamanya dalam keadaan pandemik ini,” ujarnya. – Agensi

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *