Home » Citra Yadim » Semarak Jalur Gemilang YADIM Kedah di Pendang

Semarak Jalur Gemilang YADIM Kedah di Pendang

PENDANG – Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 64, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  Kedah dengan kerjasama  Sukarelawan YADIM Pendang, Pejabat Perpaduan Daerah Pendang dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Melor, Mawar,Seroja telah mengadakan Program Semarak Jalur Gemilang Peringkat Pendang pada 30 Ogos .

Program yang menyaksikan sebanyak 200 Jalur Gemilang diedarkan, bermula di Taman Melor, Mawar dan Seroja.

Kemudian program diteruskan dengan pemasangan Jalur Gemilang di jalan raya hadapan Pejabat Perpaduan Daerah Pendang.

Program berakhir di sekatan jalan raya Tol Pendang dengan penyerahan kek dan kad ucapan merdeka kepada petugas barisan hadapan dan pemasangan Jalur Gemilang kepada kenderaan yang melalui kawasan ini.

Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Pegawai Perpaduan Daerah Pendang, Mohd Zulkarny Salleh, Pengerusi Sukarelawan Pendang, Abdul Ghani Sudin, dan Pengerusi Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Melor, Mawar dan Seroja.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *