Home » Langit Terbuka » Arab Saudi mula keluar e-visa umrah

Arab Saudi mula keluar e-visa umrah

Jemaah umrah akan mula tiba di Arab Saudi pada 19 Julai ini. - Foto KOSMO

JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah mula mengeluarkan visa elektronik (e-visa) sebagai sebahagian daripada usaha untuk membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan ibadah umrah di negara itu.

Ia juga seiring untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan umrah bagi mencapai matlamat Wawasan Saudi 2030.

Kementerian itu menyatakan bahawa individu yang mahu mendapatkan e-visa boleh mengemukakan permohonan di platform Nusuk: https://www.nusuk.sa/ar/about, supaya mereka boleh mula tiba di negara berkenaan pada 19 Julai ini.

Platform Nusuk memudahkan prosedur ketibaan umat Islam di seluruh dunia untuk melawat Makkah dan Madinah, menyediakan pilihan perumahan, kediaman dan perkhidmatan pengangkutan, selain akses mudah kepada pakej maklumat pengayaan serta peta interaktif dalam beberapa bahasa.

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *