Home » Langit Terbuka » Arab Saudi Pilih Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Penyampai Khutbah Arafah

Arab Saudi Pilih Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Penyampai Khutbah Arafah

Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (MWL) - Foto Arkib

MEKAH – Kerajaan Arab Saudi bersetuju melantik Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (MWL), untuk memimpin doa dan menyampaikan khutbah di Masjid Namirah pada Hari Arafah, Jumaat 8 Julai ini.

Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Arab Saudi menerusi portalnya memaklumkan bahawa Kerajaan Arab Saudi di bawah kepimpinan Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdulaziz telah mengeluarkan persetujuan ini pada Selasa (5 Julai).

Sheikh Dr Al-Issa diiktiraf secara meluas sebagai ulama kontemporari yang komited membawa kesedaran global mengenai imej Islam sebenar, selain mempromosikan nilai-nilai kesederhanaan, toleransi dan keharmonian antara agama.

Dalam akademik, Dr Al-Issa yang merupakan pakar dalam bidang Syariah Islam serta perundangan dan kehakiman sering dijemput memberi syarahan di institusi akademik dan badan intelektual antarabangsa di beberapa negara seluruh dunia.

Terkini di Malaysia, beliau turut hadir dalam Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 yang diadakan di Bandar Sunway, Petaling Jaya minggu lepas, selain mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Khutbah Arafah yang akan dibacakan dalam bahasa Arab akan bersiaran secara langsung dari Arab Saudi pada Jumaat ini dengan terjemahan 14 bahasa lain termasuk Bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Mereka yang ingin mengikutinya boleh berbuat demikian di pautan berikut: https://manaratalharamain.gov.sa/arafa/arafa_sermon/en –AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *