Home » Langit Terbuka » Arab Saudi, UAE sertai Malaysia bantu pelarian Rohingya

Arab Saudi, UAE sertai Malaysia bantu pelarian Rohingya

Sebahagian pelarian Rohingya yang terpaksa meninggalkan negara mereka. Foto : www.voanews.com

KLUANG 6 Jan. – Kerajaan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menyatakan persetujuan untuk bersama-sama dengan Malaysia untuk membantu pelarian Rohingya di Bangladesh.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, persetujuan itu dicapai hasil panggilan telefonnya bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman dan Putera Mahkota UAE, Putera Sheikh Mohammad Zayed Al-Nahya ketika melawat Maghribi, pada 22 hingga 24 Disember lalu.

Katanya, pihak UAE dan Arab Saudi secara dasar bersetuju untuk bersama-sama Malaysia menyediakan bantuan kemanusiaan kepada pelarian di sana terutamanya di hospital medan kita di Cox’s Bazar, Bangladesh.

“UAE juga telah membangunkan hospital medan mereka sendiri di sana tetapi tidak sebesar kita, manakala Arab Saudi bersetuju untuk menyalurkan bantuan perubatan dan sumber lain.

“Insya Allah dalam masa terdekat kita akan melihat tiga bendera iaitu Malaysia, Arab Saudi dan UAE berkibar di bumi Bangladesh,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyerahan van sekolah dan replika cek subsidi tambang bas sekolah di Ladang Kekayaan, Paloh di sini, hari ini.- SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *