Home » Langit Terbuka » AS sekat dana bantuan kepada UNRWA

AS sekat dana bantuan kepada UNRWA

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Heather Nauert memaklumkan Washington hanya akan memberikan AS$60 juta kepada UNRWA. - www.mediaite.com

 

WASHINGTON 17 Jan. – Amerika Syarikat umum sekat hampir separuh daripada AS$125 juta dana yang diberikan kepada agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNRWA) untuk Palestin.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Heather Nauert memaklumkan Washington hanya akan memberikan AS$60 juta kepada agensi itu, manakala selebihnya akan disekat untuk pertimbangan lanjut.

Keputusan ini dipercayai ada kaitan dengan kenyataan Presiden Donald Trump sebelum ini, yang mahu memotong dana bantuan sekiranya Palestin menolak perjanjian damai dengan Israel.

Hampir 30 peratus daripada dana operasi agensi bantuan itu disumbangkan Amerika.

Perkembangan terbaru ini adalah reaksi Amerika kepada kritikan Presiden Palestin, yang enggan menerima sebarang perjanjian damai selepas negara Uncle Sam itu iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Mahmoud mendakwa pengiktirafan itu mengancam perjanjian damai seperti yang dipersetujui menerusi Perjanjian Oslo pada 1994.

Trump sebelum ini mendakwa kemurahan hati Amerika memberi bantuan, tidak menerima balasan setimpal.

Pegawai kanan White House dalam pada itu memaklumkan UNRWA diminta menilai semula kaedah operasi dananya.

Ini kerana sudah tiba masanya negara-negara kaya lain turut sama membantu memberikan dana. – AWANI

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *