JERANTUT – Aspek pemeliharaan akidah terus diberi perhatian menerusi Program Hijrah Apresiasi Pahang 1st Zon 3 – Jerantut Tahun 2026 yang telah berlangsung pada 12 September di Masjid Tengku Ahmad, Jerantut.
Dalam program tersebut, Pengarah YADIM Negeri Pahang, Ustaz Aizuddin Hakim Mohd Yusof, telah memenuhi jemputan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebagai penceramah bagi menyampaikan ceramah bertajuk “Ajaran Menyeleweng dan Sesat”.
Pengisian yang disampaikan memberi tumpuan kepada kefahaman masyarakat mengenai penyelewengan ajaran yang bercanggah dengan akidah Islam, di samping meningkatkan kesedaran agar umat Islam lebih berhati-hati terhadap fahaman dan amalan yang boleh menjejaskan pegangan agama.
Program seperti ini menjadi ruang untuk masyarakat mendapatkan kefahaman yang lebih jelas tentang isu akidah, di samping sama-sama memperkukuh pegangan kepada ajaran Islam yang sebenar.



KOMEN