Home » YADIM MADANI » Aspirasi Belia Madani YADIM Terengganu

Aspirasi Belia Madani YADIM Terengganu

BELIA Sebagai aset utama negara sentiasa menjadi keutamaan YADIM Terengganu.
Justeru menerusi program Aspirasi Belia Madani yang berlangsung pada 19 hingga 21 Januari di Kompleks DAR Al-Hikmah, Tok Jiring, Kuala Nerus, seramai 30 orang belia dilatih untuk mengasah bakat kepimpinan, komunikasi dan pembangunan aktiviti.
Mereka merupakan pelajar terpilih daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Gong Badak, Unisza Besut, Universiti Islam Antarabangsa Gambang dan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kuantan.
Para peserta diberikan latihan dan pengisian dalam dan luar kelas sepanjang tiga hari di program ini.
Mewakili badan dakwah ini ialah Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin. Turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Cawangan Terengganu, Mohamad Irfan Kamarulzaman dan Pengerusi Kelab Pemikir Muda UniSZA, Azhan Anam Affendy

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *