Home » YADIM MADANI » Kem Kenegaraan Madani Mahasiswa Siri 2

Kem Kenegaraan Madani Mahasiswa Siri 2

KEM Kenegaraan Madani Mahasiswa Siri 2 telah dihadiri lebih 30 orang mahasiswa daripada Universiti Kuala Lumpur dan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dan Ilmu Khas di Institut Latihan Dakwah YADIM, Hulu Langat bermula 19 hingga 21 Januari.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Encik Shahrizal Mat dengan penglibatan pegawai daripada Asatizah Negeri Selangor (ANAS).
Matlamat program adalah bagi memperkasakan ilmu dan agen dakwah dalam ketatanegaraan di peringkat Lembah Klang serta melahirkan mahasiswa yang cakna tentang negara bertamadun dan terdidik jiwa mereka dalam lapangan dakwah dengan menghayati teras kesejahteraan dan kemampanan.
Turut sama hadir Ketua Unit IPT Bahagian Kemuda YADIM, Ustaz Farisul Islam Fakhrul Adabi dan Ustaz Marwan Bukhari Abd Hamid, selaku Pengarah Asatizah Negeri Selangor.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *