YADIM Perak: Program Ihya Ramadan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman

Dakwah YADIM terus subur dan dimurnikan di bumi Perak. Aktiviti dakwah dengan pencerahan misi dan visi Ramadan sebagai bulan kerahmatan terus disemarak dengan program turun ke lapangan. Di kesempatan itu pada 24 Mac 2024, YADIM Perak meluaskan peranan dakwahnya dengan mengisi slot program Ihya Ramadan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Program […]

Majlis Sumbangan Ramadhan dan Berbuka Puasa di Masjid Solahuddin Al-Ayyubi

YADIM Kedah dan Perlis telah menyantuni 50 orang asnaf dan saudara baharu dalam program Majlis Sumbangan Ramadhan dan Berbuka Puasa di Masjid Solahuddin Al-Ayyubi, Padang Besar, Perlis pada 24 Mac. Program yang bermula selepas solat Asar ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Masjid Solahuddin Al-Ayyubi, Tuan Haji Azemi Mat Saman sebelum disusuli oleh ucapan […]

Pertubuhan Islam main peranan pupuk perpaduan, pacu usaha mencerdaskan umat – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar pertubuhan Islam di Malaysia akan terus memainkan peranan penting dalam memacu usaha mencerdaskan umat dan memupuk perpaduan dalam konteks masyarakat majmuk. Beliau menyuarakan harapan itu ketika menerima kunjungan hormat daripada pimpinan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) yang diketuai presidennya Datuk Ahmad Azam Abdul Rahman semalam. […]

Ikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, hindari pemikiran Khawarij, Takrifi

Foto- Bernama

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak terjerumus dengan pemikiran khawarij baharu dan takfiri serta bersifat ghuluw, sebaliknya hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan dan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dari segi akidah, syariah dan akhlak. Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berkata […]

Isu perkataan kafir: Rujuk pandangan Mufti Wilayah, harmonikan keadaan semasa – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar sependapat dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah berhubung penggunaan istilah kafir yang menjadi isu beberapa hari ini. Jelasnya pandangan dikeluarkan Mufti Wilayah itu mampu membantu mengharmonikan keadaan semasa. “Mufti Wilayah telah keluarkan pandangan yang agak harmoni. Jadi saya […]

Serangan bom petrol di KK Mart, semua pihak perlu patuh undang-undang – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta untuk bertenang serta tidak melakukan apa-apa tindakan yang bercanggah dengan undang-undang susulan kejadian serangan terbaharu bom petrol di kedai serbaneka KK Super Mart, semalam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata semua pihak juga perlu menyerahkan urusan siasatan kes berkenaan kepada pihak berkuasa. […]

Isu perkataan kafir: Tidak adil menghukum tanpa lihat konteks keseluruhan ucapan – Mufti

KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu mengambil sikap berhati-hati dan tidak terus menghukum berhubung istilah kafir yang digunakan seorang menteri dalam video yang tular baru-baru ini, tanpa melihat konteks keseluruhan ucapan. Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah berkata, masyarakat perlu mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terlebih dahulu sebelum membuat sebarang komen berhubung kejadian tersebut. Dalam […]

KK Mart, pengurus tertinggi syarikat pembekal stoking didakwa esok – Jabatan Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara akan membuat pertuduhan terhadap Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok. Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan memaklumkan, pertuduhan itu turut membabitkan pengarah-pengarah syarikat terbabit di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang Islam dengan cara mempamerkan stoking bercetak […]

Peniaga didenda RM3,500 miliki 108 naskhah al-Quran tiada kelulusan KDN

KOTA BHARU: Seorang peniaga didenda RM3,500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 108 naskhah al-Quran yang tidak mempunyai kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), dua tahun lalu. Muhammad Imran Sahimi, 36, selaku Orang Kena Saman (OKS), membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri. Lelaki itu […]

Menteri Agama arah agensi di bawah JPM tangani isu 3R

SHAH ALAM – Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarahkan untuk memainkan peranan dalam menangani isu melibatkan agama, raja dan kaum (3R) lebih-lebih lagi jika ia dibangkitkan di media sosial. Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, perdebatan isu 3R tidak dinafikan semakin […]