Home » Langit Terbuka » Isu perkataan kafir: Rujuk pandangan Mufti Wilayah, harmonikan keadaan semasa – Mohd Na’im

Isu perkataan kafir: Rujuk pandangan Mufti Wilayah, harmonikan keadaan semasa – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar sependapat dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah berhubung penggunaan istilah kafir yang menjadi isu beberapa hari ini.

Jelasnya pandangan dikeluarkan Mufti Wilayah itu mampu membantu mengharmonikan keadaan semasa.

“Mufti Wilayah telah keluarkan pandangan yang agak harmoni. Jadi saya rasa kita berpegang kepada pandangan Mufti Wilayah untuk kita harmonikan keadaan semasa ini,” katanya ketika sidang media di Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu video tular melibatkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai penggunaan istilah kafir.

Fadhlina sebelum ini telah berkata video tular di media sosial berkaitan isu kafir telah diambil di luar konsensus dan diselewengkan konteks dengan cubaan jahat mahu mencalarkan imej serta dan kredibiliti beliau.

Susulan itu, Mufti Wilayah semalam menasihatkan masyarakat perlu mengambil sikap berhati-hati dan tidak terus menghukum berhubung istilah kafir dalam video yang tular itu.

Katanya masyarakat perlu mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terlebih dahulu sebelum membuat sebarang komen berhubung kejadian tersebut. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *