Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat memberikan sumbangan di Jenjarom

SEMPENA Awal Muharam, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat mengadakan program sumbangannya di Jenjarom, Kampung Kebun Bharu dan Kampung Sijangkang pada 19 Julai. Lima belas keluarga terdiri daripada golongan asnaf dan ibu tinggal serta pesakit terlantar telah menerima sumbangan barangan keperluan dapur dan sedikit sumbangan wang tunai untuk mereka. Pengerusi SAY Kuala Langat, Tuan Haji Hasmawi […]

Maal Hijrah: Jauhi hasad dengki, amalan fitnah – Agong

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu menitahkan rakyat agar menjauhi perasaan hasad dengki dan amalan fitnah memfitnah. Titah Seri Paduka, rakyat juga hendaklah tidak berfikiran sempit dan negatif kerana sifat dan amalan itu tidak akan mendatangkan faedah kepada bangsa dan negara. “Beta ingin mengajak seluruh rakyat bersatu […]

Umat Islam perlu kuasai disiplin ilmu, teroka kejayaan

KUALA LUMPUR – Umat Islam perlu menguasai pelbagai disiplin ilmu untuk meneroka kejayaan dalam lapangan kehidupan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Beliau berkata, dalam mendepani ledakan teknologi maklumat yang semakin mencabar hari ini, umat Islam harus bijak dan peka memanfaatkannya untuk perkara yang menjurus ke arah […]

Bekas Ketua Pengarah IKIM Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Institusi Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr. Abdul Monir Yaacob diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun ini atas sumbangannya dalam perkembangan Islam di tanah air. Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Datuk Hakimah Mohd. Yusoff pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023M, […]

Kolokium Pencerahan Malaysia Madani Ke Atas Pemegang Tauliah (Mengajar Agama) Negeri Sembilan.

YADIM terus diberi kepercayaan memberi penerangan dalam inisiatif menanamkan kefahaman aspirasi Malaysia Madani dikalangan rakyat. Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin pada 18 Julai telah memberi pengisian sebagai panel dalam Kolokium Pencerahan Malaysia Madani Ke Atas Pemegang Tauliah (Mengajar Agama) Negeri Sembilan. Membawakan tajuk ‘Visi dan Misi Malaysia Madani’ beliau antaranya menyentuh mengenai […]

Kunjungan hormat kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

YADIM telah mengadakan kunjungan hormat kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi memperkukuh hubungan dan merangka kerjasama dengan pihak berkuasa agama tersebut. Lawatan kepada Pengerusi MAIS, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof pada 18 Julai itu, YADIM yang diketuai Yang Dipertuanya, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus juga bertujuan memperkenalkan pegawai pegawai yang baharu […]

YADIM Kolaboratif : Mahrajan Al-Quran & Ihtifal Lughawi Peringkat Zon Tendong Tahun 2023

PASIR MAS – Dengan objektif meningkatkan interaksi murid dengan Al-Quran melalui aktiviti tilawah, hafazan, tadabbur dan pengucapan awam, telah diadakan program YADIM Kolaboratif : Mahrajan Al-Quran & Ihtifal Lughawi Peringkat Zon Tendong Tahun 2023. Program anjuran YADIM Kelantan bertempat di Sekolah Kebangsaan Bunut Susu, Tendong, Pasir Mas itu disertai 154 peserta yang dipenuhi dengan pengisian […]

YADIM Kedah santuni 32 keluarga di Kampung Padang Gaung

LANGKAWI – Lawatan kerja Yang Dipertua YADIM ke Kedah turut diisi dengan program YADIM Peduli: Ziarah Kasih ke Kampung Padang Gaung, Ulu Melaka, Langkawi pada 15 Julai. Seramai 32 keluarga disantuni dengan pemberian barangan keperluan harian di Masjid Jaamii Al Jaddid dalam program berkenaan. Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, sebelum menyampaikan sumbangan berkenaan menyeru kepada para […]

Melaka bantah penganjuran ‘ratu pondan’ – Exco

MELAKA – Melaka menegaskan tidak akan membenarkan sebarang penganjuran acara peragaan ‘ratu pondan’ yang didakwa bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di negeri ini. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini belum ada sebarang permohonan rasmi dibuat namun pihaknyak telah mengenal pasti penganjur program berkenaan. Beliau berkata, […]

Pentauliahan agamawan, ulama di bawah perkenan raja-raja melayu, bukan kuasa PM

NIBONG TEBAL: Pemberian tauliah kepada tokoh agamawan dan ulama Islam di negara ini adalah di bawah perkenan Raja-Raja Melayu dan bukan kuasa Perdana Menteri seperti yang didakwa oleh segelintir pihak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata meskipun Perdana Menteri mempunyai pelbagai kuasa namun dalam soal agama Islam, kuasa itu terletak pada Raja-Raja Melayu. “Mereka […]