Ziarah YADIM Johor ke Kampung Baru Air Tawar, Endau

MERSING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 11 Ogos telah melakukan program ziarah ke Kampung Baru Air Tawar di sini untuk menyantuni mereka yang memerlukan. Ia diadakan dengan kerjasamaJawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) dan Masjid Kampung Baru Air Tawar. Seramai 20 keluarga telah disantuni oleh YADIM dan pihak masjid dalam program ini. Keluarga […]
Penyampaian bakul makanan pasar Pekan Nabalu

KOTA BELUD – Bertempat di pasar Pekan Nabalu di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah telah mengedarkan sebanyak 96 bakul makanan kepada para peniaga yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 11 Ogos. Pelaksanaan PKP menyebabkan jualan mereka terjejas teruk ekoran kurang pelanggan ke pasar tersebut. Malah ada peniaga memberitahu, jualan ketika ini […]
Penggali kubur terima Anugerah Khas Ma’al Hijrah

PUTRAJAYA: Penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Gombak, Roslee Ali antara individu mendapat pengiktirafan apabila dipilih sebagai Tokoh Frontliner Khas Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H/2021H. Pemilihan Roslee, 63, dibuat atas sumbangan beliau dalam pengebumian jenazah pesakit COVID-19 sejak pandemik melanda negara serta pernah menyediakan sekitar 40 liang lahad dalam sehari. […]
Lima bulan tiada pekerjaan, kini bakal timang cahaya mata, sewa rumah juga tertunggak…

SIK – Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan, seorang tukang rumah di Kampung Cahrok Sejuk di sini telah lima bulan tidak memiliki sebarang pendapatan. Lebih merunsingkannya, dia bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Mohd Helmi Abdullah di sini benar benar terdesak ketika ini, malah bayaran rumah sewanya sudah lima bulan tidak dapat dilunaskan. “Maaf Encik, abang […]
Sanitasi di Medan Jaya bersama Sukarelawan YADIM

MARANG – Dua tempat di sini dipilih sebagai lokasi inisiatif sanitasi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 11 Ogos. Lokasi pertama ialah di Surau Al-Huda, Taman Kalungan Mas di sini. Proses sanitasi bermula jam 10 pagi dengan disertai oleh tiga orang Sukarelawan YADIM (SAY) Marang diketuai oleh Md Sadrudin Md Sidek. Selesai proses […]
“Pernah terputus bekalan, ada ustaz minta hubungi YADIM”

LATA CELAK – Perjalanan ke rumah pemohon kali ini agak mencabar. Jalan berlumpur, licin dan berbatu ditempuhi sebelum kami akhirnya sampai ke rumah yang dihajati. Ishak Saad atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Paktam Sahak, 54 tahun, merupakan seorang bapa kepada tujuh orang anak. Isterinya, Namisah Haya diuji dengan sakit tulang belakang. Rawatan terapi terpaksa […]

2,600 botol air, pam berkuasa tinggi untuk mangsa gangguan bekalan air Terengganu KUALA TERENGGANU – Dengan gangguan bekalan air di sini dan Kuala Nerus yang masih berterusan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu telah mengedarkan lebih 2,600 botol air mineral pelbagai saiz kepada penduduk terjejas bagi membantu mereka. Inisiatif menerusi program Musaádah Bekalan Air Terengganu […]
Dua pondok di Kuala Ketil disantuni YADIM Kedah

KUALA KETIL – Bersempena dengan sambutan Awal Muharam pada 10 Ogos, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada dua institusi pondok di sini. Maahad Taffaquh Fiddin dan Pondok Nurul Ehsan telah menerima sumbangan makanan kering seperti beras, tepung, gula, sos, kicap dan kordial bagi membantu mereka yang juga terjejas akibat […]
Aktiviti awal Muharam SAY Kuala Langat

KUALA LANGAT – Sempena Awal Muharam pada 10 Ogos, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat telah mengadakan beberapa aktiviti. Di Sijangkang, antara yang dilaksanakan ialah gotong royong membersihkan Rumah Anak Yatim Sijangkang. Acara ini diketuai oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin. Selesai bergotong royong, SAY Kuala Langat meneruskan programnya dengan menyampaikan bantuan […]
Dr Zulkifli sampaikan Musa’adah PKP 3.0 di Pahang

BENTONG – Sebanyak 140 kotak sumbangan barangan keperluan harian disampaikan kepada golongan yang memerlukan di daerah ini pada 10 Ogos. Sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam program Musa’adah PKP 3.0 Pahang itu diagihkan di Maahad Tahfiz An Noer, Masjid Sultan Abu Bakar, Janda Baik dan Maahad Tahfiz Al Quran Al Abrar di sini. […]