Home » Citra Yadim » Aktiviti awal Muharam SAY Kuala Langat

Aktiviti awal Muharam SAY Kuala Langat

KUALA LANGAT – Sempena Awal Muharam pada 10 Ogos, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat telah mengadakan beberapa aktiviti.

Di Sijangkang, antara yang dilaksanakan ialah gotong royong membersihkan Rumah Anak Yatim Sijangkang. Acara ini diketuai oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin.

Selesai bergotong royong, SAY Kuala Langat meneruskan programnya dengan menyampaikan bantuan kepada sebuah  keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 di Kampung Kebun Bharu.

Jika sebelum ini penternak ikan talapia dan aktivitis tempatan terlibat dengan menghulurkan sumbangan, kali ini seorang pekebun sayur Asmadi Ahmad terpanggil sama-sama berkongsi tanamannya untuk diagihkan kepada penduduk sekitar Sijangkang.

Seramai 25 buah keluarga mendapat sumbangan sayur segar dan sedikit sumbangan barangan dapur.

Pada hari yang sama di Kanchong Darat dan Sungai Lang, Banting, SAY Kuala Langat yang diwakili oleh Ahli Jawatankuasanya,  Rahiemah Sarbani telah menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga adik beradik yatim piatu serta dua buah keluarga yang di kuarantin akibat Covid-19.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *