Home » Citra Yadim » Ziarah YADIM Johor ke Kampung Baru Air Tawar, Endau

Ziarah YADIM Johor ke Kampung Baru Air Tawar, Endau

MERSING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 11 Ogos telah melakukan program ziarah ke Kampung Baru Air Tawar di sini untuk menyantuni mereka yang memerlukan.

Ia diadakan dengan kerjasama
Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) dan Masjid Kampung Baru Air Tawar.

Seramai 20 keluarga telah disantuni oleh YADIM dan pihak masjid dalam program ini.

Keluarga yang disantuni ini adalah yang terkesan dengam Covid 19 mengakibatkan mereka  tidak dapat bekerja.

Turut disantuni adalah para pesakit kronik di kampung ini.

Kesemuanya menerima pek keperluan barangan asas mengandungi makanan seperti beras, minyak, telur dan ayam.

Hadiri ke program ini ialah Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah dan Pengerusi JPKK merangkap Imam Masjid Kampung Baru Air Tawar, Haji Samsudin Mat Deros dan Ustaz Yusof Embong seorang pendakwah bebas.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *