Jumlah tanah rakyat Palestin dirampas Zionis meningkat 439 peratus

JERUSALEM, Jumaat – Jumlah tanah milik rakyat Palestin yang dirampas oleh rejim Zionis menerusi dasar rampasannya di tanah yang diduduki di Jerusalem dan Tebing Barat meningkat 439 peratus sejak awal tahun ini, berbanding tahun lalu. Laporan oleh sebuah pertubuhan Palestin – Institut Penyelidikan Gunaan Jerusalem – mendedahkan pihak berkuasa rejim Israel merampas 7,773 ekar tanah […]

Jumlah terbunuh letupan di Istanbul meningkat 42, ratusan cedera

ISTANBUL, Khamis – Jumlah yang terbunuh akibat serangan bunuh diri tiga penyerang di Lapangan Terbang Ataturk Istanbul, meningkat kepada 42 orang, termasuk 13 warga asing, manakala 239 lagi cedera – 41 daripadanya parah. Tiga penyerang tiba dengan sebuah teksi dan mula melepaskan tembakan di pintu masuk terminal, awal pagi semalam waktu Malaysia. Mereka kemudian meletupkan […]

Tabung Haji lantik Johan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO

KUALA LUMPUR, Khamis – Lembaga Tabung Haji melantik Datuk Johan Abdullah sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 Julai. Tabung Haji dalam satu kenyataan hari ini berkata Johan menggantikan Tan Sri Ismee Ismail yang menamatkan perkhidmatannya pada akhir bulan Jun selepas berkhidmat lebih sedekad menganggotai lembaga pengarah. Johan memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) […]

MEMULIAKAN ANAK YATIM

Memelihara dan memuliakan anak yatim adalah perbuatan mulia dan merupakan amalan para nabi dan rasul, sehingga Rasulullah s.a.w menyebutkan bahawa beliau akan bersama anak yatim di Jannah. Dengan demikian memuliakan dan menghormati anak yatim adalah tabiat dan akhlak Rasulullah s.a.w Oleh sebab itu memuliakan dan memelihatra anak yatim merupakan amalan dan memelihara anak yatim merupakan […]

Tidak perlu bertabarruk

KUALA LUMPUR 28 Jun – Perbuatan bertabarruk daripada athar atau peninggalan Rasulullah tidak harus dilakukan semata-mata mahu menzahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW. Menegaskan perkara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, umat Islam yang bertabarruk iaitu melakukan perbuatan seperti mencium atau menjunjung replika itu dengan gaya melampau boleh membawa kepada syirik. Beliau menjelaskan, […]

Kempen #MalaysiaNgaji Disiarkan Di Astro Oasis Esok

Oleh Farina Ashrin Ariffin KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) — Program Sejam Bersama Al-Quran, #MalaysiaNgaji bakal berlangsung esok dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Kumpulan Media Karangkraf, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta saluran Astro Oasis. Diadakan bagi tahun kedua, #MalaysiaNgaji disertai lebih banyak penyertaan daripada rakyat Malaysia yang berada di luar negara […]

FMD YADIM anjur program Kasih Anak-anak Rohingya

YAYASAN Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centre For Human Right Research And Advocacy atau ringkasnya CENTHRA) serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurkan majlis iftar “Kasih Anak-anak Rohingya” pada 28 Jun ini di Knowledge Garden Learning Centre, Serdang. Majlis berkenaan yang dilaksanakan oleh Felo Muda Dakwah (FMD) […]

Ziarah Prihatin SAF YADIM-KPTM

SKUAD Sukarelawan Al-Falah (SAF) YADIM-Kolej Poly-tech Mara Kota Bharu telah melaksanakan program ziarah prihatin pada bulan Ramadan ini bagi mendekati masyarakat kurang berkemampuan yang menghadapi masalah kesihatan di sekitar negeri Kelantan. Melalui program itu ahli-ahli SAF berkenaan yang merupakan pelajar-pelajar jurusan kejururawatan telah memberikan pemeriksaan kesihatan percuma serta turut memberikan sumbangan berupa barangan keperluan harian […]

Dua wanita lakar sejarah perundangan negara

SHAH ALAM 27 Jun – Institusi perundangan syariah Selangor membuka lembaran sejarah baharu di negara ini apabila me­lantik dua wanita sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah pertama berkuat kuasa hari ini. Pelantikan dua hakim terbabit iaitu Noor Huda Roslan, 40, dan Nenney Shuhaidah Shamsuddin, 41, diperkenankan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah manakala istiadat pe­nerimaan […]

500 NGO Islam rayu cadangan pindaan Akta 355 diluluskan

KUALA LUMPUR, Jumaat – Gabungan 500 badan bukan kerajaan (NGO) Islam merayu kepada semua pihak sama ada orang Islam dan bukan Islam menyokong cadangan pindaan Akta 355. Pengerusi Sekretariat Ummat, Aminuddin Yahaya berkata, cadangan yang diusulkan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ini selaras dengan titah Yang Di-Pertuan Agong yang meminta langkah-langkah […]