Sikap perkauman, diskriminasi, menebal di AS

PENYOKONG calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Republikan dan Demokrat lebih berkemungkinan mempunyai tanggapan bahawa orang Afrika-Amerika adalah ‘penjenayah’, ‘tidak cerdik,’ ‘malas’ dan ‘ganas’. Bagaimanapun, lebih ramai daripada penyokong calon Presiden Parti Republikan, Donald Trump, berfikiran sedemikian berbanding penyokong calon Presiden Demokrat, Hillary Clinton, menurut tinjauan pendapat Reuters/Ipsos. Menjelang pilihan raya presiden pada 8 […]

Pantau rapi Malaysiakini – Jati

KUALA LUMPUR 11 Julai – Portal berita propembangkang, Malaysiakini wajar dikenakan tindakan tegas serta dipantau rapi kerana tindakan portal tersebut yang sering menyiarkan artikel bersifat provokasi yang boleh memecah-belah rakyat pelbagai kaum di negara ini. Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Prof. Datuk Dr. Mohd. Zainul Fithri Othman berkata, terdapat kandungan berita serta komen daripada pembaca […]

Bangladesh haramkan saluran TV Dr Zakir Naik

DHAKA, 11 Julai – Kerajaan Bangladesh semalam mengharamkan saluran televisyen Peace TV yang dikendalikan pendakwah Islam antarabangsa, Dr Zakir Naik. Tindakan itu diambil selepas laporan menyatakan ceramah pendakwah terkemuka itu mempengaruhi beberapa militan yang melancarkan serangan pengganas paling buruk di kafe mewah di ibu kota negara itu. Menteri Perindustrian, AAmir Hossain Amu berkata, keputusan mengharamkan […]

Nasionalis Myanmar desak Rohingya digelar Benggali

YANGON, Isnin – Golongan nasionalis Myanmar mengadakan tunjuk perasaan semalam bagi mendesak kerajaan menggunakan perkataan Benggali kepada komuniti Islam Rohingya di negara itu. Tunjuk perasaan itu adalah salah satu tindakan golongan nasionalis yang bimbang sekiranya penduduk Rohingya mengambil alih negeri itu. Bantahan seperti itu berkemungkinan akan diadakan sekali lagi di Yangon pada minggu hadapan. Bagaimanapun […]

Yadim raikan Aidil Fitri bersama Saudara Kita

KUALA LUMPUR 11 Julai – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah mengadakan beberapa program bagi meraikan golongan Saudara Kita (muallaf) menyambut Aidil Fitri  di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak. Pada Hari Raya pertama,Yadim Zon Sarawak telah menganjurkan solat sunat Aidil Fitri bersama Saudara Kita di Kampung Jaong, Seri Aman, Sarawak. Gema takbir raya pada […]

Wilayah militan IS berkurangan mendadak

KAHERAH 1O Julai – Kumpulan militan Negara Islam (IS) dilaporkan kehilangan 12 peratus daripada kawasan yang ditakluknya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, selain mengalami penurunan drastik dalam hasil pendapatan. Menurut firma analisis IHS Glo­bal Insight, kumpulan militan itu kini menguasai kawasan seluas 68,300 kilometer persegi di Syria dan Iraq, berkurangan daripada lebih 90,000 […]

Switzerland kuatkuasa undang-undang larang wanita Islam pakai purdah

ZURICH, 9 Julai – Pihak berkuasa Ticino di Tenggara Switzerland menguatkuasa larangan pemakaian purdah untuk wanita Islam di bandar bermula 1 Julai lalu. Larangan itu berkuatkuasa meliputi kedai-kedai, restoran dan bangunan awam setelah kerajaan tempatan meluluskan undang-undang tersebut berikutan pungutan suara yang dilaksanakan pada September 2013. Wanita yang tetap memakai purdah akan dikenakan denda sehingga […]

Sebar propaganda, Daesh terbit makalah berbahasa Melayu

KUALA LUMPUR 11 Julai – Kumpulan militan Daesh mula menerbitkan makalah berbahasa Melayu pertama mereka, Al Fatihin bagi menyebarkan dakyah serta menarik lebih ramai orang dari rantau ini menyertai kumpulan mereka. Makalah edisi pertama yang diterbitkan pada bulan lepas itu memuatkan pelbagai propaganda dan berita mengenai kegiatan militan mereka dalam bahasa Melayu dan Indonesia. Tidak […]

Dr Zakir Naik rayu sokongan komuniti Islam

NEW DELHI, 10 Julai – Pendakwah Islam antarabangsa,  Dr Zakir Naik hari ini merayu sokongan komuniti Islam berhubung kenyataannya dalam isu militan yang mencetuskan desakan supaya beliau ditangkap. “Saya, Dr Zakir Naik, menggesa semua saudara seislam supaya menyokong saya menentang ‘Perbicaraan Media’ dan ‘Pastikan Keadilan Menang’,” katanya dalam Twitter. Sambil memperkenalkan akaun baru Twitternya, @drzakirofficial, […]

Sultan dukacita nazir masjid ingkar titah

KLANG 30 Jun – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan rasa dukacita terhadap sikap sesetengah nazir masjid yang ingkar dengan titah baginda supaya tidak menjadikan masjid dan surau di negeri ini untuk tujuan politik. Baginda ketika bertitah dalam perasmian Masjid Kampung Johan Setia di sini hari ini menegaskan bahawa keingkaran nazir-nazir terbabit terhadap titah […]