PROGRAM 3K BERI IMPAK KEPADA FMD

PASIR PUTIH, 4 Jun – Program Kembara Kasih Kelantan (3k) yang melibatkan Felo Muda Dakwah (FMD) YADIM berakhir hari ini, dan telah berjaya memberikan impak positif kepada masyarakat setempat serta FMD sendiri dalam membentuk diri mereka sebagai pendakwah muda. Sejak 21 Mei lalu, mereka telah berkampung di daerah berkenaan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti yang merangkumi […]
Sahabat YADIM UMT anjur OSP

PADA 21 MEI lalu Sahabat YADIM Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan program Outreach School Programme (OSP) bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi (SBPI) Batu Rakit. Program itu telah dibimbing oleh Exco Siswi Sahabat YADIM UMT atau lebih dikenali sebagai Fadwah iaitu singkatan kepada Fikrah & Dakwah An-Nisa’. Pada program OSP kali ini, Sahabat YADIM UMT telah membawakan […]
Rakyat mesti tumpu taat setia, jujur dan ikhlas kepada Agong – Imam Besar

KUALA LUMPUR 3 Jun – Rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara, seiring dengan amalan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan negara. Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, sikap kesetiaan merupakan nilai yang baik dan boleh dijadikan ikatan bagi memupuk […]
Program Istiqbal Ramadan

KANGAR 2 Jun- Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Utara telah menganjurkan program (Ziarah Kasih) Istiqbal Ramadhan…Sinar Kasih Ramadhan: Kehadiranmu Kami Rindui hari ini bermula jam 8 pagi sehingga 12 malam di Masjid Al- Imarah, Kampung Abi Batang Paip, Kangar, Perlis. Antara pengisian proram ini ialah gotong royong membersihkan masjid, ceramah agama yang disampaikan oleh […]
Pelajar Maahad Tahfiz dipilih jadi imam solat tarawih di luar negara

KUANTAN 2 Jun – Institusi Maahad Tahfiz di negara ini semakin mendapat pengiktirafan masyarakat Islam dari luar negara apabila lima pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) di sini dijemput menjadi imam solat tarawih di Amerika Syarikat, Sweden dan Australia sepanjang Ramadan tahun ini. Selain mengimamkan solat tarawih, mereka turut mengendalikan program-program kepimpinan, kelas fardu ain […]
Laluan jalan kaki hubung Masjid Negara dan Kompleks Dayabumi dibuka

KUALA LUMPUR 2 Jun – Laluan pejalan kaki berbumbung baharu serta terowong bawah tanah menghubungkan Masjid Negara dan Kompleks Dayabumi sepanjang 269 meter kini dibuka bagi laluan awam. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan berkata, kos sebanyak RM6 juta dibelanjakan bagi pembinaan laluan pejalan kaki dan naik taraf terowong tersebut oleh KLCC […]
Syarikat Telekomunikasi Dibenar Guna Menara Masjid Sebagai Menara Pemancar – MB

NILAI, 2 Jun (Bernama) — Syarikat telekomunikasi akan dibenarkan menggunakan menara masjid dan surau di Negeri Sembilan sebagai menara pemancar telekomunikasi mereka dalam masa terdekat. Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini sebagai salah satu usaha menarik minat golongan muda dan masyarakat setempat untuk pergi ke masjid. “Syarikat telekomunikasi ini nanti akan dibahagikan mengikut […]
Umat Islam selatan Thailand solat hajat mohon kedamaian Ramadhan

PATTANI, Rabu – Kira-kira 3,000 umat Islam di selatan Thai menunaikan Solat Hajat di Masjid Pattani hari ini memohon kedamaian di wilayah bergolak itu sepanjang Ramadan yang menjelang tiba. Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pattani, Wae Deramae Matmingchik berkata, mereka memohon supaya wilayah selatan Thai itu bebas daripada segala insiden keganasan sepanjang bulan mulia itu. Dalam perutusan yang dibacakannya […]
Jangan Mencela Makanan

Suatu hari, Rasulullah SAW mengajak Khalid ibn Walid mengunjungi isteri Baginda, Maimunah, yang juga makcik sebelah ibu Khalid yang baru dinikahinya. Melihat kedatangan sang suami tercinta berserta anak saudaranya, Maimunah menghidangkan daging dab (binatang padang pasir, seakan-akan biawak kecil). Ketika Baginda Rasulullah menghulurkan tangan untuk mengambil daging yang dihidangkan, seorang perempuan yang berada di dalam […]
Tiada hudud dalam Al-Quran: Abdullahi boleh tipu orang jahil dan bukan Islam

BANGI – “Sebagaimana dijangkakan kehadiran Abdullahi an-Naim di negara ini hanya menimbulkan kekeliruan dan kecelaruan.” Demikian kenyataan tokoh akademik, Profesor Madya Dr Khaliff Muammar A Harris mengulas kenyataan mengelirukan oleh tokoh liberal, Prof Abdullahi Ahmed An-Naim hari ini. Hari ini, Abdullahi An-Naim dilaporkan mengatakan bahawa adalah tidak berdosa menolak hudud kerana hudud tidak terdapat di […]