Home » Citra Yadim » Program Istiqbal Ramadan

Program Istiqbal Ramadan

KANGAR 2 Jun- Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Utara telah menganjurkan program (Ziarah Kasih) Istiqbal Ramadhan…Sinar Kasih Ramadhan: Kehadiranmu Kami Rindui hari ini bermula jam 8 pagi sehingga 12 malam di Masjid Al- Imarah, Kampung Abi Batang Paip, Kangar, Perlis.

Antara pengisian proram ini ialah gotong royong membersihkan masjid, ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Hashim Othman dari Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), sukaneka untuk kanak-kanak, pertandingan dam haji, pertandingan sepak raga tuju, sukaneka dewasa, kenduri rakyat, sumbangan asnaf sekitar kampung dan diakhiri dengan Ceramah Perdana yang disampaikan oleh Pencetus Ummah Azraie.

Turut diadakan adalah pemeriksaan kesihatan percuma, tabung derma darah oleh Hospital Kangar dan perkhidmatan mencuci emas percuma oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Program ini telah berjaya menarik minat anak muda dan masyarakat setempat dan diadakan di perkarangan dan dalam kawasan masjid yang secara tidak langsung mendekatkan mereka dengan masjid.

Lebih menarik lagi, dengan lokasi program di kawasan masjid, maka para peserta akan berhenti melakukan sebarang aktiviti ketika waktu solat zuhur dan asar, untuk mereka menunaikan kewajipan itu secara berjemaah.

Program ini telah mendapat kerjasama yang erat daripada pihak masjid yang turut merancang untuk mengadakan kerjasama dengan YADIM bagi  menganjurkan satu lagi program pada bulan Ramadhan ini  iaitu program Iktikaf Ramadhan Sahabat Yadim (IRSYAD) peringkat negeri.

 

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *