Hasil kajian indeks syariah diketahui akhir tahun

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Keputusan penyelidikan mengenai urusan pentadbiran negara yang diukur melalui Indeks Syariah Malaysia (ISM) akan diketahui akhir tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berkata penyelidikan itu merangkumi lapan sektor utama iaitu undang-undang, ekonomi, kesihatan, pendidikan, politik, sosial, budaya dan prasarana persekitaran. […]

Tun Abdul Hamid penerima Tokoh Ma’al Hijrah 1437

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad diumumkan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah pada sambutan Ma’al Hijrah 1437H peringkat kebangsaan hari ini. Abdul Hamid, 73, menerima hadiah wang tunai RM100,000, pingat dan sijil penghargaan berserta plak daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah […]

Amanat pertama YDP ke-11

KUALA LUMPUR, 13 Oktober – Dalam melaksanakan tugasan harian di tempat kerja, niat merupakan perkara utama yang harus dititikberatkan oleh individu khususnya warga kerja Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).  Niat inilah yang menjadi asas kepada segala sikap dalam melaksanakan amanah kerja di YADIM. Demikian antara intipati ucapan Dr Yusri Mohamad, Yang Dipertua YADIM dalam satu […]

Kupasan terperinci Malik Bennabi dalam Fenomena Al-Quran

Malik Bennabi (1906-1973) seorang tokoh ilmuwan Islam yang berasal dari Algeria telah menulis tidak kurang daripada enam buah buku mengenai struktur masyarakat dan keilmiahan al-Quran dan menterjemahkan lebih tiga buah buku mengenai dinamik budaya dan pemikiran ke dalam bahasa Arab. Dilahirkan di Konstantin, sebuah kota di Algeria Timur dan mendapat pendidikan awal di Madrasah al-Quran […]

Berbeza dengan bersebab

Pernah suatu hari dalam kelas Bahasa Inggeris yang saya hadiri bagi melengkapkan jam kredit pengajian bagi mata pelajaran pilihan di tahun 2, pensyarah Puan Zuraidah meminta kami mengadakan sebuah diskusi ringkas mengenai kewajaran menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua. Seramai 15 orang yang berada di dalam kelas tersebut, hanya saya seorang yang melontarkan pendapat […]

Nyawa manusia yang ‘fragile’

Mati itu pasti. Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Walau bagaimana kita rasa gerun dengan kematian, ia tetap akan berlaku. Walau kita lari ke ceruk mana sekalipun, malaikat maut tidak pernah leka dari tugasnya. “Di mana saja kamu berada, kematian pasti akan mendapati kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh.” […]

Dr. Yusri Mohamad dilantik sebagai YDP YADIM yang baharu

PUTRAJAYA 30 September – Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr. Yusri Mohamad hari ini secara rasminya dilantik sebagai Yang Dipertua YADIM yang baharu oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, berkuatkuasa 1 Oktober 2015. Beliau menggantikan Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang kini telah dilantik […]

Selamat Hari Malaysia

Esok iaitu 16 September, dengan izin Allah seluruh rakyat Malaysia akan meraikan sambutan Hari Malaysia. Hari bagi memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia 52 tahun lalu (16 September 1963). Hari penggabungan membentuk sebuah persekutuan antara Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura.  Namun Singapura kemudiannya menarik diri pada tahun 1965 kerana terlalu banyak percanggahan dan pertikaian dalam […]

Yusoff Zaky Yaacob

Di kalangan sebahagian orang,  menyebut  nama Yusoff Zaky Yaacob (Dato’ Haji Yusoff Zaky bin Haji Yaacob) mungkin akan lebih banyak dikaitkan dengan peranan beliau sebagai pengasas Pustaka Dian, pengasas majalah Dian Diages, juga pengasas Mingguan Kota Bharu. Kecuali Pustaka Dian, yang kini dikenali sebagai Dian Darul Naim Sdn. Bhd, dua yang terakhir itu tidak lagi […]

Media sosial: Agensi agama perlu bersepadu

KUALA LUMPUR 14 Sept. _ Pegawai-pegawai agensi agama terutama yang terlibat mengendali laman sosial agensi masing-masing perlu bekerja secara bersepadu bagi mengekang begitu banyak maklumat yang tidak benar di alam maya sekarang. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata,  agensi-agensi agama tidak boleh lagi bergerak sendirian dalam menangani isu-isu […]