Pentingnya seorang sahabat

Semua orang ada kawan. Dalam zaman sekarang, kawan bukan sahaja yang bertemu secara bersemuka tetapi ada juga istilah kawan online, iaitu kawan-kawan yang dikenali di atas talian sahaja. Berjumpa pun tidak pernah tetapi apabila berbual di talian, sembangnya rancak seolah-olah sudah lama kenal. Pernah juga dengar ada orang berkata, saya tidak ada kawan. Betulkah? Bolehkah […]

Penjernihan budaya meraikan Syawal

Hari ini sudah masuk hari ke-6 kita merayakan Aidilfitri. Sememangnya Hari Raya Aidilfitri adalah salah satu daripada syiar-syiar agama Allah yang dirayakan sebagai satu manifestasi ketakwaan kita pada Allah. Firman Allah: “Demikianlah (ajaran Allah), dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar agama Allah, maka (dialah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu merupakan satu daripada kesan sifat-sifat […]

Jangan semarakkan pergaduhan

Beberapa hari ini, ruang-ruang media sosial disemarakkan dengan isu pergaduhan di pusat beli belah elektronik, Plaza Low Yat. Penulis tidaklah mahu turut menghangatkan perdebatan maya dengan teori-teori baharu mengenai insiden tersebut kerana kes sedang disiasat pihak berwajib. Namun melihat polemik ini di media-media sosial, sebenarnya amat meresahkan dan membimbangkan. Berita yang belum diketahui hujung pangkal […]

Jika ingin memperoleh keberkatan hidup, berbaktilah kepada ibu bapa

Di dalam hati kita, di manakah letaknya kedudukan ibu dan bapa kita? Adakah nama mereka bertakhta di senarai paling atas atau sebaliknya? Adakah kita memiliki rasa kasih dan cinta yang mendalam terhadap mereka? Adakah kita sedang dan sudah melunaskan tanggungjawab kepada mereka? Ibu adalah insan yang melahirkan kita. Bapa adalah penjaga dan pelindung total kita. […]

Jemaah di Masjidil Haram semakin bertambah

ARAB SAUDI, Khamis – Memasuki tempoh 10 terakhir Ramadan, jumlah jemaah yang mengunjungi Masjidil Haram meningkat mendadak daripada 8 juta minggu lalu kepada 14 juta minggu ini. Arab News melaporkan peningkatan jumlah itu 40 peratus lebih tinggi berbanding Ramadan 2014, walaupun kerja-kerja pengubahsuaian berterusan dilakukan. Ramadan yang bermula 17 Jun lalu akan berakhir 17 Julai […]

Keutamaan solat malam

Solat malam memiliki keutamaan yang sangat besar sehingga menjadi sangat penting bagi orang-orang yang menginginkan kesempurnaan iman. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Hai orang-orang yang berselimut, bangunlah pada sebahagian malam untuk solat, separuhnya, atau kurangi atau lebih sedikit dari itu. Dan bacalah al-Quran dengan tartil.” (Al-Muzammil 73: 1-4) Nabi Muhammad SAW juga sangat mengambil berat […]

Tahu tentang Israiliyat

Apabila menyentuh tentang Israiliyat, ramai di kalangan kita yang masih belum faham sepenuhnya maknanya. Adakah ia berkaitan dengan nama orang ataupun sesebuah kaum yang pernah hidup di Tanah Arab? Hakikatnya istilah ini harus diladeni oleh setiap orang Islam kerana ini adalah satu istilah yang telah dimanipulasi oleh bangsa Yahudi sejak berpuluh-puluh tahun dengan misi untuk […]

Jubah vs baju kurung

Rupa-rupanya ada juga isu yang timbul tentang pemakaian jubah sehingga keluar pernyataan yang sekarang sukar untuk mendapatkan baju kurung di pasaran kerana kaum wanita khususnya lebih memilih untuk memakai jubah sama ada untuk pakaian sehari atau untuk dikenakan di hari raya. Mengaitkan hal memakai jubah dan proses Arabisasi boleh diterima tapi sudah tentu ada pencerahan […]

Muflis di bulan Ramadhan

Ramadhan adalah bulan yang menjanjikan timbunan ganjaran pahala untuk dikejari dan dimanfaati. Namun kita juga boleh jatuh muflis Ramadhan jika gagal menahan diri daripada perkara-perkara yang disyariatkan Allah untuk dijauhi. Sebelum saya menghurai lanjut makna muflis ibadah Ramadan ini, terlebih dahulu lebih molek untuk dimulakan penulisan ini dengan mengingatkan pembaca makna puasa Ramadhan sebagai yang […]

Orang kampung balik beraya

Bijan orang kampung. Mak bapak Bijan ada di kampung nun di selatan Semenanjung. Sebulan atau dua bulan sekali Bijan angkut anak isteri balik ke kampung yang menjadi tanah kelahiran dan saksi kepada zaman kanak-kanak dan remajanya. Sungguh, Bijan sangat cintakan desa halamannya. Memori suka dan duka terpahat di situ. Itulah juga yang sering Bijan ceritakan […]