Home » Citra Yadim » Badminton Piala Bulan Dakwah 2.0 YADIM Kedah

Badminton Piala Bulan Dakwah 2.0 YADIM Kedah

GUAR CHEMPEDAK – Islam tidak pernah menghalang umatnya bersukan dan beriadah. Tiada halangan baginya asalkan syariat agama suci ini dipelihara dan ibadah tetap dilaksanakan.

Sempena Bulan Dakwah YADIM 2.0, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan  kerjasama Department of Art Culture and Sports (DACS) Negeri Kedah telah mengadakan  Kejohanan Badminton Piala Bulan Dakwah yang diadakan pada 23 Disember 2021 di Dewan Serbaguna Masjid Al Wushto Guar Chempedak.

Sebanyak 20 regu yang terdiri dari agensi, pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Kedah menyertai pertandingan ini.

Tujuan utama kejohanan ini adalah untuk mengeratkan ikatan ukhuwah Islamiah sesama agensi, NGO-NGO Islam di Kedah dengan YADIM Kedah dan di samping menganjurkan kempen gaya hidup sihat.

Selain perlawanan badminton, program ini juga diisi dengan aktiviti solat berjemaah dan tazkirah ringkas.

Ia menunjukkan kebersamaan dan bahawa bersukan serta beriadah sambil mematuhi syariat Islam tetap boleh dilaksanakan.

Kejohanan yang bermula pada jam 8 malam ini telah dimenangi oleh Pertubuhan Kebajikan Al Faizin Kedah dan tempat kedua dimenangi oleh NGO An Nasr Care.

Hadir menyampaikan hadiah ialah Pegawai Khas Kanan kepada Menteri Besar Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid dan Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *