Home » Citra Yadim » Misi bantuan pasca banjir Rakan Siswa YADIM

Misi bantuan pasca banjir Rakan Siswa YADIM

HULU LANGAT – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 

Melalui inisiatif #RSYCaknaBanjir, beberapa pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) telah turun ke lapangan mengedarkan sumbangan barangan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir di sini.

Sejak awal kejadian banjir, RSY bersama YADIM merupakan antara yang pertama sampai ke  Kampung Sungai Lui dan Kampung Jawa, di sini bagi menyantuni mangsa mangsa bencana berkenaan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Rakan Siswa YADIM (RSY) yang hingga ketika ini (24 Disember) kekal di lokasi kejadian, membantu masyarakat menghadapi situasi sukar.

Selain menyampaikan sumbangan, RSY juga terlibat dengan inisiatif membersihkan kediaman penduduk yang dimasuki lumpur banjir serta menyediakan makanan untuk mangsa dan petugas.

***

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *