Home » Citra Yadim » Lagi artis dan selebriti sertai program komuniti YADIM

Lagi artis dan selebriti sertai program komuniti YADIM

HULU LANGAT – Niat melaksanakan pekerjaan baik InsyaAllah dipermudahkanNya dan akan berjalan lancar.

Sebagai salah satu usaha melestari gerakan dakwah di negara ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) baru baru ini melancarkan pasukan Sukarelawan Selebriti YADIM bagi menarik orang ramai menyertai aktiviti kesukarelawanan.

Alhamdulillah, ia mendapat sambutan sangat baik apabila ramai artis menyertai gerakan ini seperti Aiman Tino, Khai Bahar, DJ Fazz, Daie Aiman dan Azadan Abdul Aziz (Rabbani) menyertainya.

Bukan sekadar mencari gimik, malah mereka turut terlibat dengan aktiviti lapangan seperti pelancaran pasar terbuka, forum motivasi dan sebagainya.

Ia semakin mendapat sambutan apabila terbaharu pada 23 Disember, sekumpulan artis menyertai usaha YADIM menyantuni penduduk Kampung Jawa di sini yang menjadi mangsa bencana banjir.

Anna Jobling, Datin Nina Jureen, Ahmad Amirul Asyhwad Ahmad Nizan dan Dafi bersama sama kakitangan badan dakwah ini membersihkan tiga kediaman penduduk yang dipenuhi lumpur banjir selain membantu menyampaikan beberapa keperluan seperti toto, selimut, roti pelbagai perisa, minuman 3 dalam 1, tuala wanita dan lampin pakai buang.

Barisan selebriti ini ternyata berpuas hati dengan program yang dijalankan serta penglibatan dalam inisiatif berkenaan selain teruja untuk terlibat lagi selepas ini.

Hadir sama dalam program ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh serta pegawai dan kakitangan badan dakwah ini.

YADIM sejak empat hari lalu melaksanakan pelbagai program di kawasan ini yang merupakan antara paling teruk terjejas dalam bencana banjir.

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *