Home » Langit Terbuka » Bakar Tahfiz: Hukuman dua beradik atas tuduhan dadah kekal

Bakar Tahfiz: Hukuman dua beradik atas tuduhan dadah kekal

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan terhadap dua beradik yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang meragut nyawa 23 penghuni termasuk dua wardennya atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak membuat keputusan itu selepas menolak rayuan pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Kanak-Kanak pada 28 November tahun lalu.

“Setelah menilai kesemua fakta, saya tidak berhasrat untuk mencampuri keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Majistret Kanak-Kanak kerana keputusan yang dibuat mengikut undang-undang dan fakta yang betul.

“Rayuan pihak pendakwaan tidak mempunyai sebarang merit, oleh itu rayuan ditolak. Keputusan Mahkamah Majistret Kanak-Kanak dikekalkan,” katanya.

Pada  28 November 2017, Majistret Zilfinaz Abbas menjatuhkan hukuman penjara dua bulan terhadap dua beradik itu yang kini berusia 17 dan 18 tahun selepas masing-masing mengaku bersalah memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badan di tandas pejabat D7, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini kira-kira 11.35 pagi, 16 September 2017.

Mahkamah juga mengenakan bon RM5,000 setiap seorang tanpa cagaran selain diperintah melapor diri kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dua kali sebulan selama dua tahun dengan ditemani ibu mereka.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang @ Mamat berhujah bahawa Mahkamah Majistret telah terkhilaf apabila gagal mengambil kira cadangan laporan akhlak yang menyarankan kedua-dua remaja terbabit ditempatkan di Sekolah Pemulihan Akhlak Henry Gurney, Melaka.

Peguam S Preakas yang mewakili kedua-dua remaja pula berhujah bahawa alasan Mahkamah Majistret ketika menjatuhkan hukuman telah mengambil kira kesemua faktor termasuk kepentingan awam.

“Seorang daripada anak guam saya akan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala abangnya akan mengikuti kursus kulinari di Kolej Baitulmal tidak lama lagi.

“Saya yakin dua bulan penjara sudah mencukupi sebagai pengajaran kepada mereka,” katanya sambil menambah kedua-dua remaja lelaki itu kini sedang mengikuti program anjuran AADK. – Bernama

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *