Home » Citra Yadim » Bakul makanan untuk Sabah VFM Oleh YADIM Sabah

Bakul makanan untuk Sabah VFM Oleh YADIM Sabah

KOTA KINABALU – RTM Sabah merupakan antara rakan strategik utama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di negeri ini.
Keduanya saling bekerjasama dalam pelbagai bentuk yang memanfaatkan rakyat.
Pada 21 April, YADIM Sabah menyampaikan 60 unit bakul makanan kepada Sabah VFM untuk program stesen radio itu di Kiulu, Tuaran nanti.
Program Cakna Komuniti pada 24 dan 25 April itu akan menyantuni pelbagai lapisan masyarakat di kawasan tersebut.
Hadir ke acara simbolik penyerahan ialah Pengarah Penyiaran Sabah, Nor’ain Bakir dan Pengurus Berita Ehwal Semasa RTM Sabah, Roskab Haji Muaram.YADIM Sabah diwakili pengarahnya, Samin Ongki.
SABAH VFM merupakan sebuah unit bersiaran 24 jam di negeri ini yang memfokus kepada siaran dalam bahasa etnik iaitu Kadazan, Bajau Pantai Barat dan Timur, Murut dan Dusun.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *