Home » Citra Yadim » Ban pantai pecah: Kudrat wanita Sukarelawan YADIM tampil bantu baiki

Ban pantai pecah: Kudrat wanita Sukarelawan YADIM tampil bantu baiki

SUNGAI BURONG – Antara kelebihan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) ialah kemampuan mereka untuk melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Ia bukan sekadar ceramah keagamaan dan menyampaikan sumbangan semata mata, malah lebih daripada itu.

SAY Kuala Selangor umpamanya, pada 23 Oktober telah terlibat dengan kerja kerja menambak benteng / ban pantai yang pecah akibat air laut pasang besar di Parit 4 di sini.

Sekiranya tidak ditambak segera, ia dikhuatiri akan mengalami kerosakan yang lebih besar dan mengundang bahaya kepada orang ramai.

Pengerusi SAY Kuala Selangor, Asmah Husin dan lima ahli jawatankuasanya antara yang terlibat dalam inisiatif ini.

Lebih membanggakan, meskipun sekadar membantu dengan sedikit kudrat yang ada, pujian harus diberikan atas inisiatif mereka yang kesemuanya merupakan wanita.

Hadir sama ialah Penghulu Mukim Tanjong Karang 1, Mohd Saiful Abu Kair dan penduduk kampung.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Burong, Yang Berhormat Shamsudin Lias menyumbangkan tiga lori pasir bagi tujuan ini.

 

 

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *