Home » Langit Terbuka » Malaysia bakal keluar vaksin influenza halal

Malaysia bakal keluar vaksin influenza halal

lnisiatif kerajaan menghasilkan vaksin sendiri dianggap relevan sebagai persediaan kesiapsiagaan vaksin negara sekiranya pandemik berlaku lagi pada masa akan datang. - CIDRAC.com

KUALA LUMPUR – Menjelang 2024, Malaysia bakal mengeluarkan vaksin influenza untuk manusia berstatus halal menerusi kilang Malaysian Vaccines and Pharmaseutical (MVP) Sdn Bhd, bukan sahaja bagi pasaran tempatan, malah beberapa negara asing.

Pengarah Eksekutif MVP, Rashidah Ibrahim berkata, vaksin itu akan tersedia dan diunjurkan pada tiga tahun pertama, sebanyak 10 juta dos vaksin kuantiti maksimum boleh dihasilkan.

Beliau berkata, langkah hasil inisiatif kerajaan itu relevan sebagai persediaan kesiapsiagaan vaksin negara sekiranya pandemik berlaku lagi pada masa akan datang.

“MVP menjangkakan mampu menghasilkan 10 juta dos menjelang tiga tahun bermulanya roll out pada 2024. Kami mempunyai bangunan dua lot kilang dan berbekalkan teknologi sama dan kepakaran kami menghasilkan vaksin haiwan, dalam tempoh kurang dari tiga tahun, kami mampu membekalkan vaksin manusia.

“Kami tiada masalah kerana kebanyakan pekerja di sini mempunyai kepakaran teknikal yang sangat tinggi,” katanya pada Majlis Pertukaran Dokumen MVP dan St Petersburg Scientific Research Institutes For Vaccine And Serum Russia, di Puchong, dekat sini, baru baru ini.

Rashidah berkata, perjanjian dengan St Petersburg memberikan MVP pasaran di Asia Tenggara dan beberapa negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

MVP Sdn Bhd adalah syarikat yang menghasilkan vaksin untuk unggas. Sejak 1994, syarikat berkenaan menghasilkan 16 vaksin unggas di negara ini oleh pakar tempatan untuk pasaran domestik dan sebahagian besar dieksport.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *