Banjir… masih ada yang perlu bantuan

HULU LANGAT – Insiden banjir teruk yang melanda negara hujung tahun lalu kini semakin dilupakan. Ramai sudah memulakan kehidupan pasca banjir dan kembali seperti sebelumnya. Pihak pihak yang turun padang sebelum ini membantu mangsa juga sudah pulang. Namun sebenarnya, masih ada yang belum dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. YADIM menemui sebuah kediaman di Sungai Serai […]

Lawatan Yang Dipertua YADIM dan MAIM ke PERKID Hulu Langat.

HULU LANGAT – Yang Dipertua  YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan telah mengadakan lawatan ke Kem Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia atau PERKID di Hulu Langat, Selangor pada 12 Januari. Lawatan berkenaan merupakan di antara siri lawatan beliau kepada rakan rakan badan bukan kerajaan (NGO) Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) yang dirangka pada tahun 2022.  Turut hadir […]

SAY terus tabur bakti

HULU LANGAT – Datang sendiri ke Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH)  di sini dari Seremban tanpa sebarang bayaran. Memandu kenderaan sendiri untuk bantu mangsa banjir tanpa mengharapkan sebarang imbuhan. Tak ramai yang mampu berbuat begini, malah jiwa kesukarelawanan mereka mengatasi apa yang ditunjukkan golongan lebih muda. Namun itulah yang ditunjukkan Sukarelawan YADIM (SAY) Negeri Sembilan. […]

Misi bantuan pasca banjir Rakan Siswa YADIM

HULU LANGAT – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.  Melalui inisiatif #RSYCaknaBanjir, beberapa pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) telah turun ke lapangan mengedarkan sumbangan barangan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir di sini. Sejak awal kejadian banjir, RSY bersama YADIM merupakan antara yang pertama sampai ke  Kampung Sungai Lui dan Kampung Jawa, di sini bagi menyantuni […]

800 pek bubur Asura untuk penduduk Hulu Langat

HULU LANGAT  – Sebanyak 800 pek bubur asyura telah diagihkan kepada penduduk daerah ini pada 30 Ogos oleh Institut Latihan Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (INDAH). Bubur asyura berkenaan telah disediakan secara gotong-royong dalam program Agihan Bubur Asyura INDAH, sebagai sebahagian pengisian program Bulan Kemenangan sempena hari kemerdekaan. Menurut Pengarah INDAH, Mohd Fitri Aziz Mohd […]

YADIM edar 600 pek bubur lambuk di Semungkis

HULU LANGAT – Bertempat di Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH) di sini, badan dakwah ini pada 4 Mei telah mengadakan program YADIM Peduli: Sumbangan untuk Rumah Anak Yatim dan Maahad Tahfiz Hulu Langat Seawal jam 9 pagi, kerja kerja menyediakan dan memasak bubur lambuk telah dimulakan di INDAH. Hampir 15 kakitangan badan dakwah ini bergotong […]

Libatkan ILDAN dalam komuniti Hulu Langat

SEMUNGKIS – Institut Latihan Dakwah Yadim (ILDAN) di sini dijangka bakal meriah dengan pelbagai aktiviti selepas ini apabila Ahli Parlimen Hulu Langat, Yang Berhormat Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berhasrat melibatkannya dengan aktiviti pusat khidmatnya. Hasanuddin berkata, kewujudan ILDAN di sini yang memiliki pelbagai kemudahan perlu digunakan sebaiknya supaya orang ramai sama sama dapat menikmati manfaatnya. […]