Home » Citra Yadim » Bantuan Ramadan/Aidilfitri YADIM 1442 CIMB Islamic di Bau.

Bantuan Ramadan/Aidilfitri YADIM 1442 CIMB Islamic di Bau.

BAU – CIMB Islamic Bank Berhad sekali lagi bekerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamah Malaysia (YADIM) di negeri ini menyantuni golongan yang memerlukan menjelang Aidilfitri yang bakal tiba.
 
Jika sebelum ini, program Bantuan Ramadan/Aidilfitri YADIM diadakan di Kuching, kali ini ia diadakan Dewan Kampung Bunga Rampai Batu Kitang di sini menyantuni seramai 30 orang asnaf yang dikenalpasti pada 9 Mei.
 
Sumbangan badan korporat itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kitang, Yang Berhormat Ir Lo Khere Chiang.
 
Mereka yang dibantu merupakan ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya, warga emas miskin dan anak yatim. Setiap mereka menerima barangan keperluan harian dan wang tunai bernilai RM200.
 
Ir Lo Khee Chiang dalam ucapannya mengalu alukan penganjuran program ini yang menurutnya tepat pada masanya, kerana kesukaran yang dihadapi golongan ini akibat penularan Covid-19.
 
Beliau turut mennyeru lebih ramai badan korporat turun menyantuni mereka yang terkesan, seperti yang dilakukan CIMB dan YADIM.
 
Hadir sama ke majlis ini ialah Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat serta pegawainya dan Sukarelawan YADIM Kuching.
 
.

Artikel Berkaitan

YADIM Kedah dan Perlis: Ziarah Madani Mualaf

MENJELANG Syawal tidak lama lagi, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memupuk semangat kasih sayang dan kepedulian terhadap sesama Muslim termasuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *