Home » Citra Yadim » Bantuan Ramadan/Aidilfitri YADIM dan CIMB Islamic Untuk Warga Kuantan

Bantuan Ramadan/Aidilfitri  YADIM dan CIMB Islamic Untuk Warga Kuantan

KUANTAN – Seramai 101 warga bandaraya ini menerima manfaat menerusi program Bantuan Ramadan/Aidilfitri Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan CIMB Islamic Bank Berhad yang diadakan pada 9 Mei.

Sumbangan untuk golongan B40 tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) , Ustaz Nasrudin Hassan dalam satu majlis di Dewan Serbaguna Taman Tas di sini.

Bantuan berbentuk pek makanan harian bernilai RM100 beserta wang tunai RM100 kepada setiap penerima itu adalah sumbangan dari CIMB Islamic Bank Berhad yang mewakilkan YADIM sebagai rakan strategik untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Hadir sama ke program ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Panching, Ustaz Tarmizi Yahya dan Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok.

Terdahulu, Mohamad Hazmi serta Sukarelawan YADIM Pahang turun menyampaikan bantuan yang sama  kepada 12 orang tenaga pengajar Pondok An-Nur Penor yang diwakili oleh Ustaz Ramdi Abdullah.

YADIM dan CIMB Islamic kini dalam gerak kerja menyantuni golongan yang memerlukan di seluruh negara menerusi program Bantuan Ramadan/Aidilfitri  YADIM dan CIMB Islamic.

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *