Home » Langit Terbuka » Bashar al-Assad dilapor alami tekanan psikologi

Bashar al-Assad dilapor alami tekanan psikologi

LONDON, 24 Januari – Presiden Syria, Bashar Al-Assad dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan tekanan psikologi dek kerana kepenatan menguruskan masalah huru-hara dalam negaranya.

Seorang kolumnis akhbar di London, Amir Taheri, mendakwa dalam tulisan yang diterbitkan dalam edisi Sabtu lalu, bahawa Bashar al-Assad sedang menderita masalah kesihatan mental selepas hampir enam tahun bergelut dalam konflik.

Memetik pegawai dari sekutu Syria, Rusia, beliau berkata, orang dalaman Moscow mendakwa presiden itu “letih” kerana “tekanan psikologi.”

“Sebab itu pegawai-pegawai Rusia, secara peribadi kini memberikan petunjuk bahawa Assad sudah kepenatan disebabkan oleh peperangan dan ketegangan yang sudah berlaku selama lima tahun dan bahkan mungkin mengalami masalah saraf pada mata kirinya akibat tekanan psikologi,” tulis Taheri.

Bagaimanapun, dalam temu bual dengan The Sunday Times akhir tahun lalu, Assad berkata, dia tidak mengalami masalah tidur pada waktu malam meskipun berhadapan masalah dalam perang saudara di negaranya yang dilaporkan PBB telah meragut lebih 400,000 nyawa dan menyebabkan separuh daripada penduduk Syria terpaksa keluar dari rumah mereka.

Ketika ditanya sama ada kematian kanak-kanak di Aleppo dan di tempat lain mempengaruhi fikirannya, dia ketawa dan berkata, “Saya tahu maksud soalan itu.”

“Saya tidur seperti biasa, saya tidur dan kerja dan makan secara normal dan melakukan sukan,” katanya. https://www.ismaweb.net/

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *