Home » Citra Yadim » Beg sekolah untuk anak anak yatim dari BKB YADIM

Beg sekolah untuk anak anak yatim dari BKB YADIM

Beg sekolah untuk anak anak yatim dari BKB YADIM

SIJANGKANG – Melihat wajah anak anak yatim ini yang jelas ceria saat menerima sumbangan, memberikan satu kepuasan yang sukar digambarkan.

Meskipun sekadar beg sekolah, namun ia amat berharga untuk mereka.

Pada 20 Januari, seramai 30 pelajar di Asrama Pertubuhan Rumah Anak – Anak Yatim Sijangkang di sini menerima sumbangan tersebut yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Khidmat Bakti (BKB) YADIM, Abdul Qaiyum Aris.

Ia merupakan program kerjasama dengan Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat yang bertujuan menyantuni anak anak yatim di asrama berkenaan menjelang sesi persekolahan baharu kelak.

Hadir sama ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatanakuasanya serta Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti, Muhammad Muzzammil Musbah.

Gandingan Bahagian Khidmat Bakti dan SAY Kuala Langat kerap turun padang menyantuni pelbagai lapisan masyarakat di mukim ini.

Semoga sedikit sumbangan ini akan membangkitkan semangat anak anak ini untuk menuntut ilmu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *