Home » Langit Terbuka » Bekalan ubat di Gaza kritikal

Bekalan ubat di Gaza kritikal

Bekalan ubatan terjejas teruk di hospital Gaza ekoran pengepungan rejim Israel ke atas wilayah itu. - Foto MaanNews

GAZA – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza memberi amaran keadaan hospital di wilayah dikepung itu yang semakin membimbangkan, akibat kekurangan bekalan perubatan.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, kemerosotan yang berlaku di hospital-hospital di wilayah berkenaan belum pernah terjadi sebelum ini.

Katanya, kebanyakan pesakit di hospital Gaza berisiko terjejas teruk akibat kekurangan bekalan ubat berikutan pengepungan rejim pengganas Israel ke atas wilayah itu.

“52 peratus ubat asas dan bekalan perubatan lain kini telah habis, sekali gus melemahkan keupayaan kementerian untuk menawarkan perkhidmatannya,” kata kenyataan itu.

Kementerian Kesihatan di Ramallah di Tebing Barat yang ditadbir Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah), belum menghantar sebarang bekalan ubat baharu ke hospital Gaza dan mengurangkan jumlah pemindahan pesakit ke hospital Israel tanpa sebarang alternatif lain, kata kementerian itu.

Semenanjung Gaza yang ditadbir Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) berada di bawah pengepungan Israel sejak Jun 2007. Sekatan dan serangan udara menyebabkan kemerosotan taraf hidup, pengangguran serta kemiskinan teruk di kalangan penduduk Gaza.

Keadaan di wilayah itu terus merosot selepas banyak siri serangan dilancarkan Israel sehingga menyebabkan ramai yang terbunuh, dan puluhan ribu rakyatnya cedera.- MaanNews

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *