Home » Langit Terbuka » Bekas Peguam Negara Mungkin Disiasat

Bekas Peguam Negara Mungkin Disiasat

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bertanya sesuatu kepada Najwa Zafirah Zein Isma, 27 ketika melawat ke kaunter permohonan pasport di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Putrajaya.

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menjalankan siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali jika ada laporan dibuat terhadapnya.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap sesiapa sahaja, jika menerima laporan.

“Jika ada laporan dibuat terhadap pihak tertentu, sama ada terhadap Peguam Negara atau tidak, kementerian ini akan menyiasat dan melihat sama ada wujud prima facie terhadap kes,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya sama ada Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat Mohamed Apandi selepas beliau menerima keputusan kerajaan untuk menamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu.

Ditanya sama ada kajian semula terhadap tujuh undang-undang berkaitan keselamatan negara akan dibawa ke Sidang Dewan Rakyat nanti, Muhyiddin berkata, ia tidak perlu dilakukan secara terburu-buru.

“Saya tidak mahu tetapkan tempoh tertentu. Kita akan rujuk pihak tertentu terlebih dahulu seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Majlis Peguam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis masyarakat untuk pandangan dan cadangan.

“Kita pegang kepada apa yang dinyatakan dalam manifesto, kita teliti sebaiknya, apabila ada keputusan, kita akan bawa ke Parlimen,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke Jabatan Imigresen, di sini, hari ini.

Undang-undang itu adalah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Hasutan 1948, hukuman gantung sampai mati, Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA).

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *