Home » Citra Yadim » Bekas peserta TOM bantu Musa’adah Covid-19 di Kuala Terengganu

Bekas peserta TOM bantu Musa’adah Covid-19 di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU – Program Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu masih diteruskan dan terkini, Marang dan daerah ini menjadi lokasi terbaharu.

Program di Kuala Terengganu diadakan pada 15 dan 17 Mei meliputi kawasan seperti Kampung Losong, Flat Ladang Gemilang, Kuala Ibai, Kampung Tok Kaya, Kampung Kuala Bekah, Kampung Batu Buruk, Kampung Pasir Panjang, Kampung Ladang Sihat dan beberapa kampung lagi.

Sebanyak 59 keluarga disantuni menerusi pemberian pek sumbangan barangan keperluan harian.

Inisiatif kali ini juga turut disertai oleh bekas peserta program Transformasi Orang Muda 2018, sebuah program motivasi pendidikan dan kerohanian anjuran YADIM Terengganu untuk pelajar sekolah menengah.

Ia mempunyai objektif untuk membina dan mengubah keterampilan diri para pesertanya, daripada cenderung dan berisiko terlibat dengan aktiviti kurang sihat, kepada generasi muda yang cemerlang dan mampu memimpin komuniti.

Peserta TOM ini terlibat dengan membantu mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan dalam Musa’adah Covid-19 ini di daerah ini.

Turut sama menjayakan ialah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Ladang Sihat dan guru guru Sekolah Kebangsaan Ladang Sihat.

Sementara itu , sejumlah 25 keluarga asnaf pula disantuni di Marang pada 16 Mei. Antara kawasan yang disantuni ialah  Kampung Tok Dir, Kampung Kedai Buluh dan Kampung Atas Tol.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *