Home » Citra Yadim » Bengkel Ibadah Pesakit YADIM Perak

Bengkel Ibadah Pesakit YADIM Perak

LAMBOR KANAN – YADIM Perak dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Seri Iskandar dan Hospital Changkat Melintang telah menganjurkan program Bengkel Ibadah Pesakit yang dilaksanakan di Dewan Annur, Hospital Changkat Melintang pada 30 Mei.

Program yang berorientasikan ceramah, bengkel dan amali telah memberi pengisian praktikal ibadah kepada 30 peserta dari kalangan pegawai perubatan, jururawat dan petugas kesihatan lain.

Pengisian bersifat dua hala telah disampaikan oleh Ketua Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Seri Iskandar, Ustaz Ibnu Abbas Azizuddin, dan seterusnya disusuli dengan bengkel bersama fasilitator dari kalangan guru dakwah Seri Iskandar berbentuk perlaksanaan program.

Para peserta kemudiannya dilibatkan dalam sesi amali yang dilaksanakan di dalam wad dengan pesakit bagi membolehkan mereka mengalami situasi sebenar.

Program diakhiri dengan penyampaian 20 set sumbangan kepada pesakit di wad lelaki, perempuan dan kanak-kanak hospital berkenaan.

 

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *