Home » Citra Yadim » Tahsin Ibadah Sembelihan YADIM Kedah di Kampung Komoi
a

Tahsin Ibadah Sembelihan YADIM Kedah di Kampung Komoi

SUNGAI PETANI – Penyampaian dakwah bukan semata mata dengan mengajak masyarakat ke arah kebaikan, namun sebaiknya ia juga diisi dengan ilmu sebagai panduan hidup.

Langkah inilah yang dilaksanakan YADIM dalam melestari gerakan dakwah.

Sesuai dengan itu, YADIM Kedah pada 28 Mei telah mengadakan program YADIM Interaktif – Tahsin Ibadah Sembelihan kepada belia dan penduduk sekitar Kampung Komoi, Simpor, Tikam Batu di sini.

Ia bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada mereka mengenai kaedah menyembelih yang betul dan menurut syarak.

Pegawai YADIM Kedah, Ustaz Haji Azmi Mohamad selaku penyelaras dan penceramah program telah memulakan program dengan sesi teori kepada lebih 45 peserta.

Antara yang disentuh ialah syarat syarat sembelihan, hikmah serta langkah langkah yang betul untuk melaksanakan ibadah sembelihan, petua selain soal jawab bersama peserta kursus.

Selesai sesi teori, Ustaz Azmi memulakan sesi praktikal dengan menunjukkan kaedah yang betul melaksanakan sembelihan kepada peserta kursus.

Ayam dalam program ini merupakan sumbangan YADIM Kedah dan Surau Al Islahiyyah selaku lokasi program serta wakil komuniti di sini.

Hadir sama dalam program ini ialah Pengerusi Sukarelawan YADIM Sungai Petani, Basor Haron, Imam Surau Al- Islahiyyah, Mahyuddin Harun dan setiausaha surau, Mohd Aizat Abdullah, ahli jawatankuasa Sukarelawan YADIM Sungai Petani dan wakil wakil komuniti.

Artikel Berkaitan

Kerjasama strategik YADIM – YPM

PERBINCANGAN Bagi menjalin kerjasama antara YADIM dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) telah diadakan pada 26 Mei 2023 di Menara MARA, Kuala Lumpur.

Kunjung hormat YADIM ke BSN

KUNJUNG HORMAT YADIM ke Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diadakan pada 25 Mei 2023 di Wisma BSN, Kuala Lumpur bagi membincangkan kerjasama

Inisiatif dakwah Takwim Hijrah

TIDAK Banyak pihak yang mengkaji tentang kepentingan takwim Islam di negara ini, apatah lagi berdakwah menggunakannya. Itu antara cadangan kerjasama daripada i

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *