Home » Citra Yadim » Hari Terbuka NGO Islam Terengganu 2022 himpun lebih 200 pemimpin

Hari Terbuka NGO Islam Terengganu 2022 himpun lebih 200 pemimpin

KUALA TERENGGANU – Selepas dua tahun tidak dapat diadakan akibat Covid 19, Hari Terbuka Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Terengganu 2022 yang diadakan di sini pada 31 Mei, berjaya menghimpunkan lebih 200 pemimpin badan badan berkenaan.

Mewakili 58 NGO yang bergiat aktif di negeri ini, mereka berhimpun dengan permuafakatan antara NGO Islam sebagai fokus utama program.

Bukan sekadar jamuan hari raya dan perhimpunan semata mata , bahkan program ini merupakan pertemuan tahunan pimpinan NGO Islam yang diusahakan oleh Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) YADIM selaras dengan fungsi badan dakwah ini sebagai penyelaras NGO Islam negara.

Antara NGO yang hadir termasuklah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Terengganu, Aspirasi Jaringan Wanita Malaysia (AJWA), Majlis Belia Kuala Terengganu, Persatuan Cakna Pendidik Wanita Kuala Terengganu, Persatuan Amal Harmoni Bersatu Terengganu dan Persatuan Seni Khat Terengganu.

Tidak ketinggalan ialah Kelab Belia Sejahtera Bukit Payong, Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Pendidik Darul Iman Terengganu, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Ulamak Malaysia Terengganu (PUM), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Persatuan Darul Fitrah Terengganu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) dan banyak lagi.

Pengisian utama program ialah forum khas bertajuk ‘Dunia Islam: Muafakat Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Program ini disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu , Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya turut hadir dan merupakan ahli panel dalam forum khas program.

Hadir sama ialah Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin dan pegawainya.
Hari Terbuka NGO Islam Terengganu 2022 ini adalah kali yang ke-5 dilangsungkan sejak 2016. Kali terakhir ia diadakan ialah pada 2019 di Kuala Ibai di sini.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *