Home » Citra Yadim » Bengkel Khas Modul Daie Orang Asli Kali Ke 2

Bengkel Khas Modul Daie Orang Asli Kali Ke 2

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia sedang membangunkan sebuah modul yang apabila siap kelak, digunakan dalam Kursus Asas Daie Orang Asli badan dakwah ini.

YADIM kini memilki dua kursus untuk digunakan ketika berdakwah kepada Orang Asli iaitu Kursus Asas Daie Orang Asli YADIM dan Kursus Pengukuhan Daie Orang Asli YADIM.

Badan dakwah ini juga memiliki 20 Daie Orang Asli yang telah dipilih untuk berkhidmat bermula September ini.

Sesi terkini perbincangan untuk pengisian dan menambah baik modul berkenaan berlangsung pada 22 Julai lalu bersama sebuah badan bukan kerajaan, Angkatan Dakwah Antarabangsa Malaysia (ADAM) bertempat di ibu pejabat YADIM di sini.

Hadir sama ialah Yang Dipertua YADIM yang baharu, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan.

Beliau  memulakan sesi perbincangan dengan amanatnya agar pertemuan YADIM dengan kumpulan yang mempunyai banyak pengalaman dalam berdakwah terhadap Orang Asli ini,akan berjaya membuahkan hasil.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *