Home » Citra Yadim » 100 asnaf, OKU dan frontliners disantuni dalam Musa’adah Kuala Pilah.

100 asnaf, OKU dan frontliners disantuni dalam Musa’adah Kuala Pilah.

KUALA PILAH – Daerah ini menjadi lokasi terbaharu program menyantuni rakyat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan pada 14 Ogos.

Dianjurkan bersama dengan rakan strategik seperti Sukarelawan Al Baasith, Kelab Icon Wanita, Perpatih Trucks Community serta Jabatan Penerangan Negeri Sembilan,  program ini menyantuni 100 asnaf yang terkesan dengan penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Mereka yang dibantu menerima sumbangan barangan keperluan harian serta ayam dan sayuran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sendiri hadir menyampaikan sumbangan kepada asnaf yang dibantu di Dewan Besar Kampung Baru Dangi di sini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Penerangan Negeri Sembilan, Haji Shahnon Ahmad dan Penyelaras YADIM Negeri Sembilan,Hassanal Haris.

Pada hari yang sama, turut disantuni ialah 10 Orang Kelainan Upaya di Pusat Jagaan Bengkel Seri Perkasa di Johol.

Mereka menerima wang tunai RM100 manakala pusat jagaan itu juga menerima sumbangan RM500.
Sumbangan diterima wakil pusat jagaan berkenaan, Wan Hasliana Hassan.

Melengkapkan program YADIM di Negeri Sembilan ialah penyampaian sumbangan kepada 28 anggota di Balai Polis Dangi dan Balai Polis Johol. Mewakili para petugas barisan hadapan ini ialah Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supritendan Amran Haji Mohd Ghani.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *