Home » Citra Yadim » Bengkel Pengurusan Risiko MS ISO 9001:2015

Bengkel Pengurusan Risiko MS ISO 9001:2015

PUTRAJAYA – Sebagai persediaan dan bagi memenuhi keperluan kawalan kualitinya, Unit Audit dan Kualiti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Risiko MS ISO 9001:2015 pada 13 hingga 14 November lalu.

Seramai 30 pegawai dan kakitangan YADIM, terdiri daripada Pengarah Kanan, Pengarah, Juruaudit Dalaman serta Duta Kawalan Kualiti Bahagian telah menghadiri bengkel ini yang juga sebagai latihan selain pendedahan dalam pengurusan serta pemantauan risiko di setiap bahagian atau unit bagi memenuhi keperluan MS ISO 9001:2015.

Sesi bengkel selama 2 hari tersebut dikendalikan oleh Cik Alyza Rosidi dari AJA EQS CERTIFICATION (M) Sdn. Bhd. Meskipun dianggap rumit pada mulanya, namun beliau telah memberikan penerangan yang mudah dan menarik, sekaligus memudahkan para peserta bengkel memahami penerangan beliau.

Bengkel ini juga memberikan peluang kepada pegawai dan kakitangan untuk lebih memahami selain mengenalpasti tindakan yang perlu dibuat terhadap isu dalaman dan luaran bahagian-bahagian di YADIM, sekiranya berbangkit.

Hasilnya, pegawai dan kakitangan YADIM yang menghadiri bengkel ini berjaya menyediakan dokumen pengurusan risiko yang lengkap sebagai persediaan menghadapi Audit Pengawasan MS ISO 9001:2015 yang akan diadakan pada awal bulan Disember akan datang.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *