Home » Citra Yadim » Bengkel Penyediaan Draf Garis Panduan Pemerkasaan Sukarelawan Dakwah Masyarakat

Bengkel Penyediaan Draf Garis Panduan Pemerkasaan Sukarelawan Dakwah Masyarakat

Bahagian Penyelidikan dan Perancangan YADIM akan mengadakan Bengkel Penyediaan Draf Garis Panduan Pemerkasaan Sukarelawan Dakwah Masyarakat pada 13 September 2021 secara maya.

Bengkel ini adalah kesinambungan daripada bengkel fasa pertama yang telah diadakan sebelum ini. Objektif penyelidikan ini dijalankan adalah, yang pertama, untuk mengenal pasti isu dan cabaran dalam usaha pemerkasaan sukarelawan dakwah masyarakat, kedua, membentuk dan membangun garis panduan pemerkasaan sukarelawan dakwah masyarakat dan ketiganya, menilai kebolehgunaan garis panduan  pemerkasaan sukarelawan dakwah  masyarakat.

Bagi memastikan objektif penyelidikan ini tercapai, penyelidikan dilaksanakan dengan melibatkan enam kumpulan perbincangan berfokus atau focus group discussion (FGD) iaitu aktivis luar negara, NGO, komuniti, mualaf, wanita dan remaja.

Gerak kerja program ini meliputi tiga fasa iaitu yang meliputi pelaksanaan enam bengkel. Fasa 1 melibatkan dua bengkel, bermula dengan sesi taklimat dan diikuti dengan pembentangan dapatan daripada temu bual informan dan sorotan literatur.

Fasa 1 akan diakhiri dengan bengkel penambah baikan dan laporan akhir Fasa 1.

Fasa 2 memfokuskan gerak kerja untuk membangunkan garis panduan tersebut hasil daripada penemuan dari Fasa 1 yang meliputi program penyediaan draf garis panduan berasaskan sorotan literatur iaitu penyelidikan yang merujuk kajian yang yang lepas) dan juga analisis keperluan serta tema hasil daripada temu bual tersebut. 

Pada Fasa 3 atau fasa penilaian, gerak kerja meliputi penilaian daripada end users yang terlibat secara langsung dengan kesukarelawan. Hasil daripada penilaian ini, garis panduan berkenaan akan sekali lagi dimurnikan sebelum dibentang dan diserahkan kepada YADIM.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *